embargo | embargo | Ekonomi | Tiada | 1.Larangan kerajaan secara rasmi untuk mengimport atau mengeksport sesuatu barang atau perkhidmatan dari/ke sesebuah negara dengan tujuan untuk mendesak supaya sesuatu konsesi diberikan kepadanya. 2. Sekatan terhadap keluar masuk kapal dari pelabuhan sesebuah negara. 3. Keengganan sesebuah syarikat pengangkutan untuk mengangkut barang-barang apabila berlaku mogok atau kesesakan lalu lintas. |
discount | diskaun | Ekonomi | Tiada | 1. Potongan ke atas harga barang yang dibeli secara tunai. Harga barang tersebut adalah lebih rendah berbanding dengan harga yang dibayar secara ansuran. Diskaun menggalakkan pembelian secara tunai. Sinonim diskaun tunai. 2. Perbezaan antara harga pembelian saham atau aset kewangan yang lebih rendah daripada nilai mukanya. Diskaun ini bergantung pada tempoh matang belum habis dan risiko yang terlibat dengan pemegangan aset tersebut. |
economics | ekonomi | Ekonomi | Tiada | 1. Ilmu sains sosial yang mengkaji gelagat atau perlakuan manusia dalam memperuntukkan sumber yang terhad untuk memenuhi keperluan dan kehendak yang tidak terhad, yang bersaing antara satu sama lain. Mengikut P.A. Samuelson, ekonomi merupakan satu kajian tentang bagaimana individu atau masyarakat memilih, sama ada dengan menggunakan wang atau tidak, untuk menggunakan sumber produktif yang terhad, yang mungkin mempunyai alternatif penggunaan, untuk mengeluarkan pelbagai komoditi pada sepanjang masa, dan mengagihkan komoditi itu untuk penggunaan sekarang dan penggunaan masa depan (tabungan), kepada pelbagai manusia dan kumpulan dalam masyarakat. 2. Kegiatan manusia dalam pengeluaran, pengagihan, dan penggunaan barang atau perkhidmatan. |
atomistic economy, small economy | ekonomi kecil | Ekonomi | Tiada | 1.Ekonomi yang mengandungi rasmi pengeluar kecil yang bersaing dalam industri pengeluar yang terlalu kecil dan tidak dapat mempengaruhi harga pasaran. Pengeluar terpaksa menerima harga pasaran dan menyelaraskan keluaran mengikut harga tersebut. Ekonomi seperti ini menghampiri model persaingan sempurna. 2. Dalam perdagangan antarabangsa, istilah ini bermaksud sebuah negara yang tidak dapat mempengaruhi harga barang eksport dan import. |