Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ro/] | باروک

Definisi : gaya yg halus dan indah, terutamanya dlm seni bina, seni lukis, muzik dsb, yg sangat popular di Eropah pd abad ke-17 dan ke-18. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata barok


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
baroquebarokKesusasteraanPuisiGaya dalam pengucapan seni sastera termasuk puisi dan bentuk� bentuk seni seperti seni rupa, seni bina dan seni muzik. Biasanya puisi yang dicipta pada zaman barok ini disarati bunga-bunga bahasa anafora, hiperbola dan metafora. Cara pemaparannya meleret-leret dan berlebih-lebihan. Gaya pengucapan dan penampilan barok mencapai tahap kegemilangannya pada abad ke-17 dan ke-18 di Eropah.
BaroqueBarok; Baroque;KesenianTiadaMuzik abad ketujuh belas dan kelapan belas.
ChurrigueresqueChurrigueresqueKesenianHiasan DalamanGaya seni bina Barok Sepanyol pada penghujung tahun 1600 dan digunakan hingga tahun 1750 yang bercirikan perincian yang ekstrem dan rumit, terutamanya pada pintu masuk utama bangunan. Gaya Churrigueresque diilhamkan oleh seorang arkitek dan pengukir bernama Jose Benito de Churriguera yang dilahirkan di Madrid.
courantekorantMuzikTiada1. Tarian popular Zaman Barok dari Perancis yang bertempo perlahan, mengandungi hemiola dan mempunyai ritma sinkopasi. Korant merupakan gerakan kedua dalam suite yang bermeter tripel dan dalam bentuk biner. 2. Korant berasal dari Itali yang bertempo laju dan bermeter tripel.
cameracameraMuzikTiadaSejenis muzik kamar yang dikenali sebagai musica da camera pada Zaman Barok. Muzik jenis ini dipersembahkan dalam kamar. Musica da camera berbeza dengan musica da chiesa, iaitu muzik yang sesuai dipersembahkan di gereja. Lihat juga muzik kamar, sonata.
bourréebourréeMuzikTiadaTarian Perancis pada abad ke-17. Bourrée merupakan salah satu daripada tarian pilihan dalam suite Zaman Barok. Bourrée biasanya bermeter dupel atau 2/2, bertempo laju dan berbentuk biner. Ritmanya bermula dengan anakrusis dan ritma sinkopasi pula terdapat pada akhir frasa.
atlantesatlantesKesenianHiasan DalamanTiang atau penyokong berukir yang berbentuk figura seorang lelaki gagah berdiri atau berlutut. Tiang jenis ini banyak dihasilkan dan digunakan oleh jurubina zaman Barok di Jerman. Namanya berasal daripada nama dewa perkasa Atlas- Titan, yang digambarkan bertanggungjawab memikul dunia.

Kembali ke atas