Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : tidak lama dahulu, tidak berapa lama sebelum ini: kita menyokong perbahasan itu dlm Perhimpunan Agung UMNO ~ ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata baru-baru ini

Puisi
 

Kapal baru tembirang baru,
     Baru sekali masuk Melaka;
Tuan baru saya pun baru,
     Baru sekali berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(177)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
new mythologymitologi baruKesusasteraanTiadaPenggunaan mitos dan fantasi dalam fiksyen sains. Penggunaan mitos ini tanpa mengambil kira sama ada mitos (mitologi) baru atau tidak. Untuk kesignifikanan mitos baru ini, pengarang sains fiksyen mendakwa bahawa sains fiksyen menerapkan pola-pola mitos silam dalam menstrukturkan teksnya. Pengarang sains fiksyen juga menuntut agar tema sains fiksyen yang popular dan diulang-ulang boleh dianggap sebagai mitos baru bagi sesuatu masyarakat.
variantvarianTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerJenis virus berlainan yang dibangunkan berasaskan kod atur cara, fungsi, atau kemudahan yang dibawa oleh virus asal. Virus asal diubah suai supaya virus baru ini lebih sukar dikesan, lebih cepat merebak atau lebih berbahaya.
new journalismjurnalisme baruKesusasteraanTiadaGaya penulisan yang melibatkan gabungan kaedah penulisan kewartawanan dengan kesusasteraan. Istilah ini telah diperkenalkan oleh Tom Wolfe sekitar tahun 1960-an melalui karyanya yang berjudul The New Journalism. Penulisan jurnalisme baru menghasilkan ciri-ciri penulisan yang bersifat faktual dan kreatif, mementingkan unsur-unsur kebenaran peristiwa, kekuatan daya imaginasi, dan kehalusan bahasa. Gaya penulisan jurnalisme baru memberi manfaat kepada kedua-dua bidang ilmu, sama ada kewartawanan atau kesusasteraan, khususnya dalam usaha melahirkan suatu bentuk hasil tulisan yang mementingkan kebenaran fakta secara halus dan indah. Dalam sejarah kesusasteraan Melayu, gaya penulisan jurnalisme baru telah bermula pada akhir abad ke-19, antaranya melalui karya tulisan Abdullah Munshi yang berjudul Hikayat Pelayaran Abdullah Munshi ke Kelantan. Pada dekad kemudian, gaya penulisan jurnalisme baru dapat dilihat dalam novel Abdullah Hussain seperti Rantau Selamat (1962), Terjebak (1965), Peristiwa (1965), dan Aku Tidak Minta (1967).
new historicismhistorisisme baruKesusasteraanTiadaKaedah kritikan sastera yang mengkaji karya dalam konteks sejarah dan politiknya. Kaedah ini merupakan usaha untuk membangkitkan semula kecenderungan mengaitkan karya dengan sejarah, yang diamalkan sebelumnya dengan kaedah historisisme. Kebangkitan semula ini adalah sebagai reaksi kepada kecenderungan untuk mengetepikan faktor sejarah dengan kaedah kritikan yang muncul selepas historisisme, seperti Kritikan Baru dan formalisme. Historisisme baru berbeza dengan yang lama dari segi pendiriannya yang tidak menerima bulat-bulat segala fakta sejarah, bahkan mempersoalkan kewibawaannya sebagai perakam sejarah yang objektif. Malah,wacana sejarah dan sastera dianggap sama tarafnya dengan wacana lain dalam bidang ilmu seperti sains, psikologi, dan komunikasi. Kaedah historisme baru menganggap semua jenis wacana yang berlegar di sekitar zaman penulisan sesebuah karya itu mempengaruhi ideologi yang terdapat dalam karya tersebut. Antara ahli teori yang mengutarakan kaedah ini ialah H. White, S Greenblatt dan F. Jameson. Lihat juga formalisme.
computational molecular biologybiologi molekul pengkomputeranBioinformatikBioinformatik MolekulBidang antara disiplin, yang membangun dan menggunakan kaedah pengkomputeran untuk menganalisis himpunan besar data molekul. Bidang ini bertujuan untuk membuat ramalan baru atau penemuan biologi baru.
new comedykomedi baruKesusasteraanTiadaBentuk drama cereka bertemakan cinta dan persoalan kehidupan harian. Komedi ini menggantikan komedi lama Yunani, menjadi asas kepada komedi Shakespeare dan komedi lain yang sama dengannya. Tidak seperti komedi lama, komedi baru mengetepikan unsur satira tentang isu semasa. Plotnya bersifat cereka, wataknya stereotaip dan ceritanya berakhir dengan kebahagian. Di samping itu, unsur korus dalam komedi lama telah digantikan dengan selingan muzikal. Banding komedi lama.
tutelage regimerejim asuhanSains PolitikPolitik PerbandinganPemerintahan yang baru dibentuk dan masih dalam keadaan tidak mantap. Pembinaan institusi politik pemerintahan ini masih berada dalam peringkat percubaan. Pemerintahan ini juga memerlukan bimbingan dan sokongan daripada pihak luar atau negara lain. Rakyat masih belum memahami sepenuhnya akan perjalanan pemerintahan dan kedudukan kerajaannya masih rapuh. Kebanyakan negara sedang membangun yang baru merdeka pada dekad 1940-an dan 1950-an berada dalam kategori ini. Contoh negara rejim asuhan kini ialah Timor Leste.
political recruitmentpengambilan politikSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan menarik orang baru atau golongan lebih muda supaya melibatkan diri secara aktif dalam politik. Proses ini boleh berjalan secara rasmi seperti kempen pengambilan ahli atau jawatankuasa baru oleh parti politik, dan boleh juga secara tidak rasmi atau tanpa sedar seperti timbul kesedaran orang ramai yang kemudian memilih menyertai parti politik atau NGO untuk bergerak aktif. Bentuk pengambilan ini boleh berbeza antara satu masyarakat dengan masyarakat lain bergantung kepada sistem dan budaya politik, latar belakang masyarakat, sejarah negara, taraf hidup dan ekonomi negara. Proses ini lebih longgar dalam negara demokrasi dan lebih terkawal dalam negara komunis dan autoritarian lain. Contohnya, pengambilan politik dalam politik Malaysia berjalan secara tidak rasmi apabila rakyat dibolehkan menyertai mana-mana parti politik yang disukainya pada bila-bila masa.
peptidyl transferasepeptidil transferaseFarmasiTiadaEnzim yang terdapat dalam lintasan metabolik glutation yang kumpulan glutamilnya dipindahkan daripada suatu baki asid amino kepada suatu peptida glutamil kepada mana-mana asid amino kecuali prolina untuk membentuk dipeptida glutamil yang baru. Enzim ini berguna dalam pengangkutan asid amino dan dalam diagnosis jaundis obstruktif.
cylinder sleevesarung silinderKejuruteraan AutomotifEnjinKomponen logam terkeras yang membentuk dinding silinder. Komponen ini mempunyai keratan rentas berbentuk paip dan dipasang dengan menekan atau menolaknya masuk ke dalam blok silinder. Sekiranya bahagian dalam dinding silinder rosak atau dimensinya perlu diubah suai bagi menggunakan omboh yang baru, sarung silinder boleh digerek semula atau digantikan dengan sarung baru. Sinonim pelapik silinder.
12345

Kembali ke atas