Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.sah] | باسه

Definisi : 1. mengandungi air, lwn kering: bajuku ~; 2. masih baru, belum dikeringkan: getah (daging, ikan) ~; kena tangkap ~ = tertangkap ~ ditangkap kerana berkhalwat; ~ kuyup = ~ jejeh (jeruk) Kl basah semuanya sehingga menitik-nitik airnya; direndam tak ~ prb orang degil dan kikir yg tidak dapat dibaiki; sudah ~ kehujanan prb kemalangan yg bertimpa-timpa;berbasah-basah, berbasahan membiarkan diri basah: kalau tidak kerana urusan penting buat apa aku ~ dlm hujan begini;membasahi menyebabkan menjadi basah: air mata ~ pipinya;membasahkan menyebabkan sesuatu menjadi basah dgn mencurah (merenjiskan dll) air: ~ rambut; ~ tekak minum air (sedikit);basahan 1. (sesuatu) yg dipakai pd masa mandi: kain ~; 2. (sesuatu) yg dipakai harihari: gelang ~; baju ~; 3. sesuatu yg telah menjadi perkara biasa: minuman keras sudah menjadi ~ kpd setengah-setengah orang;sahaja ~ prb sudah menjadi kebiasaan berbuat sesuatu perbuatan yg tidak baik;kebasahan keadaan basah: ia sedang menggosok-gosok senapang yg ~ sedikit kerana peluh; bahan itu mungkin rosak disebabkan oleh ~;kebasah-basahan agak basah: bulu kucing itu ~;pembasahan perihal (perbuatan) membasahkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.sah] | باسه

Definisi : ada air atau cecair lain pdnya; lw kering: Bajunya ~ ditimpa hujan. membasahi menjadikan basah (oleh sesuatu): Air matanya berlinang ~ pipinya. membasahkan mengenakan air pd sesuatu supaya basah; menyebabkan jadi basah: Dia ~ kepalanya kerana terlalu panas. basahan 1 yg dipakai ketika mandi: kain ~. 2 yg dipakai sehari-hari: baju ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basah

Puisi
 

Padi basah di dalam paya,
     Dibawa orang pergi ke kota;
Apa nak susah kepada saya,
     Saya dah ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Kain basah kering di pinggang.

Bermaksud :

Sangat miskin.

 

Lihat selanjutnya...(42)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wet sleevessarung basahKejuruteraan AutomotifEnjinLihat pelapik basah.
green densityketumpatan basahPerhutananTiadaJisim kayu bedasarkan berat kayu basah per isi padu kayu yang disukat pada keadaan yang sama.
wet linerpelapik basahKejuruteraan AutomotifEnjinPelapik silinder enjin yang sebahagian besar permukaannya bersentuh dengan bahan pendingin. Sinonim sarung basah.
wet riskrisiko basahinsuransTiadaIstilah digunakan Lloyds bagi risiko bukan marin tetapi berkaitan dengan lautan.
wet rotreput-basahPenilaian Harta TanahTiadaTiada
green bamboobuluh basahBuluhTiadaBatang buluh baru ditebang, yang mempunyai kandungan kelembapan melebihi 30 peratus dan belum melalui sebarang proses rawatan.
wet chemical processproses kimia basahFizikNanoteknologiSatu proses menghasilkan bahan tertentu bermula daripada larutan bahan kimia seperti sol-gel dan sepemendakan. Proses ini merupakan teknik kos rendah untuk menyediakan nanozarah, bintik kuantum, nanorod dan nanowayar.
wet pump oil systemsistem pam minyak basahKejuruteraan AutomotifEnjinGabungan komponen yang digunakan untuk mengepam minyak pelincir dari penakung minyak ke galas dan komponen, yang saling bergelangsar dalam enjin. Komponen tersebut terdiri daripada pam jenis gear, penyaring, pengatur tekanan, penapis dan tiub pernafasan.
wet sump oil systemsistem minyak takungan basahKejuruteraan AutomotifEnjinSistem pelinciran yang penakung minyaknya dipasang di bawah kotak engkol. Dalam sistem ini, minyak pelincir dipam dari penakung minyak. Selepas proses pelinciran, minyak tersebut mengalir kembali ke dalam penakung secara tarikan graviti.
decantationpenyiringanKimiaKimia AnalisisKaedah untuk membuang cecair daripada pepejal yang basah secara mekanikal dengan menuang cecair tanpa mengganggu enapan dan mendakan.
123

Kembali ke atas