Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.si.kal] | باسيکل

Definisi : sj kenderaan beroda dua yg ditunggang dgn mengayuh pedalnya;berbasikal menunggang basikal: budak itu ~ ke sekolah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.si.kal] | باسيکل

Definisi : sj kenderaan beroda dua serta berpedal dan dpt ditunggang. berbasikal 1 mempunyai basikal. 2 menaiki atau menunggang basikal: Arif ~ ke sekolah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata basikal

Puisi
 

Kalau tuan gatih basikal,
     Buah berangan dimasak kari;
Kalau tuan kasih kekal,
     Sapu tangan campak ke mari.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
funny bikebasikal curamSukanLumba BasikalBasikal berbentuk curam ke hadapan.
track bikebasikal balapanSukanLumba BasikalBasikal lumba yang khusus digunakan atas balapan atau di dalam velodrom.
hybrid bicyclebasikal hibridSukanLumba BasikalBasikal yang boleh digunakan untuk kedua- dua acara jalan raya dan mendaki bukit.
road bicyclebasikal jalan rayaSukanLumba BasikalBasikal yang dikhususkan untuk perlumbaan jalan raya.
mountain bike (MTB)basikal bukitSukanLumba BasikalBasikal yang dikhususkan untuk kawasan berbukit-bukit.
tandemtandemSukanLumba BasikalBasikal yang boleh dikendalikan oleh dua (2) orang pelumba.
artistic cyclingbasikal artistikSukanLumba BasikalSukan basikal yang menggunakan kemahiran akrobatik.
uphill (mountain bike)daki bukit (basikal bukit)SukanLumba BasikalAcara lumba basikal menaiki bukit.
cross country mountain bikerentas desa basikal bukitSukanLumba BasikalPerlumbaan basikal bukit yang melalui atau menempuh kawasan desa.
obstaclehalanganSukanLumba BasikalPelbagai rintangan yang terdapat dalam acara basikal bukit dan basikal rentas desa.
12345678910...

Kembali ke atas