Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.tal] | بطل

Definisi : 1. tidak sah, tidak berlaku lagi, mansuh: sah ~ terserah pd lembaga; kerana dia tersentuh suaminya, air sembahyangnya ~; 2. tidak jadi, gagal, tidak berhasil: niatnya hendak pulang ~ kerana kematian anaknya; 3. tidak sah diperlakukan, tidak laku lagi (bkn cek, tiket, dsb);membatalkan 1. menyatakan tidak sah (berlaku lagi): Parlimen berhak ~ undangundang; 2. meniadakan, menggagalkan, mengurungkan: Amerika Syarikat ~ bantuannya kpd negara-negara yg prokomunis;terbatal dibatalkan: perjanjian itu dianggap tidak sah atau ~ jika syarat-syarat yg ditetapkan tidak dipatuhi;pembatalan perihal (tindakan, perbuatan, dsb) membatalkan: Parlimen menyetujui ~ undang-undang itu; pembatal (sesuatu) yg membatalkan; kuasa ~ kuasa yg membatalkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ba.tal] | بطل

Definisi : 1 tidak diakui sah; tidak berlaku lagi: Jika orang yg sedang berpuasa menghisap rokok, maka ~lah puasanya. 2 tidak jadi diteruskan; tidak berhasil; gagal: Cita-citanya hendak mendaki Gunung Tahan ~ kerana musim tengkujuh. membatalkan 1 menyebabkan jadi batal: Ali, cuba awak sebut perkara-perkara yg ~ puasa. 2 menyatakan tidak sah atau tidak berlaku lagi; memansuhkan: Hanya parlimen saja yg boleh ~ sesuatu undang-undang. 3 menyatakan tidak jadi diteruskan; membuat supaya tidak jadi: Amerika telah ~ bantuannya kpd negara-negara yg bermusuh dgnnya. terbatal sudah batal atau dibatalkan: Kontrak itu ~ jika syarat-syaratnya tidak dipatuhi. pembatalan hal atau perbuatan membatalkan. pembatal sesuatu yg membatalkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disqualificationbatalSukanLumba BasikalPembatalan penyertaan sekiranya pelumba melakukan kesalahan berat yang ditentukan oleh peraturan teknikal.
voidableboleh batalPenilaian Harta TanahTiadaTiada
irrevocabletak boleh batalPenilaian Harta TanahTiadaTiada
noncancellable policypolisi tidak boleh batalinsuransTiadaKontrak insurans kesihatan yang tidak boleh ditamatkan selagi premium dibayar oleh insured. Kebanyakan polisi insurans membenarkan pembatalan dibuat sama ada oleh insured atau insurer tetapi bagi polisi ini pembatalan boleh dibuat oleh satu pihak sahaja.
irrevocable beneficiarywaris tidak boleh batalinsuransTiadaWaris yang tidak boleh ditukar tanpa kebenarannya.
irrevocable beneficiarywaris tidak boleh batalEkonomiTiadaTiada
irrevocable beneficiarywaris tidak boleh batalPentadbiran PerniagaanTiadaWaris yang tidak boleh ditukar tanpa kebenarannya.
null and voidtidak sah dan batalPenilaian Harta TanahTiadaTiada
maximum disability policypolisi hilang upaya maksimuminsuransTiadaInsurans pendapatan hilang upaya tidak boleh batal yang mengehadkan liabiliti insurer bagi setiap tuntutan, tetapi tidak mengehadkan amaun agregat bagi semua tuntutan. Dalam lain perkataan, bagi setiap satu tuntutan terdapat satu amaun maksimum, tetapi mungkin terdapat banyak bilangan tuntutan yang berasingan bagi setiap keadaan hilang upaya.

Kembali ke atas