Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. bahagian pokok yg tumbuh drpd akar: tebu menyimpan gula dlm ~; 2. tangkai (cangkul, dayung, dll): ~ joran; 3. benda yg panjang: besi ~; 4. benda yg panjang dan bulat: ~ kaki; 5. penjodoh bilangan bagi benda yg panjang-panjang: se~ jalan; 6. ark bangkai, mayat; sudah menjadi ~ sudah mati; ~ air sungai; ~ bersih (Hut) batang pokok yg lurus dan tidak bercabang; ~ dacing lengan dacing (kayu panjang pd dacing yg memakai mata); ~ dayung tangkai dayung; ~ hari a) tengah hari; b) pokok aliran sungai; ~ hidung bahagian yg keras pd hidung, lembaga hidung; ~ kalam tangkai pena; ~ leher leher antara kuduk dan kepala; ~ lengan lengan bahagian atas; ~ palsu batang yg terbentuk drpd kelopak (pisang); ~ tenggorok merih; ~ tubuh a) tubuh tanpa anggota; b) diri, peribadi; se~ kara (karah, karang, kacang) tidak bersanak saudara; ada ~, cendawan tumbuh prb di mana juga kita duduk ada rezeki kita; angkat ~, keluar cacing gelang-gelang prb mengerjakan pekerjaan orang yg terbengkalai, satu faedah pun tidak diperoleh; di mana ~ terguling, di situ cendawan tumbuh prb di mana perkara berlaku, di situ pula diselesaikan; kena ~ hidung prb berasa terkena (tersindir, terhina, dll); sepuluh ~ bertindih, satu dua petalasannya prb bagaimana sekalipun perkataan yg benar itulah pangkalnya; sungguhpun ~ merdeka, ingat pucuk akan terhempas prb pekerjaan itu jangan sebahagian sahaja yg diingat, tetapi dr awal sampai ke akhirnya; terkena pd ikan bersorak, terkena pd ~ masam prb hal orang berkawan yg mahu beruntung sahaja dan tidak mahu berugi;berbatangkan mempunyai batang yg dibuat drpd unsur lain: pokok itu berbuahkan emas, ~ suasa dan berdaunkan perak;membatang menjadi batang, menyerupai batang: gedung-gedung pencakar langit ~ ke udara;batangan alangan kayu dll di muara sungai (tempat masuk ke pelabuhan dll): ada pun ~ Pahang pd masa itu dua lapis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 bahagian tumbuh-tumbuhan dr akar hingga ke cabang atau ke dahan. 2 apa-apa yg bulat panjang: ~ leher; ~ cangkul. 3 penjodoh bilangan utk sungai. 4 penjodoh bilangan utk benda-benda yg panjang: Dlm kotak ini, ada lima ~ rokok. 5 bahagian tangkai pd cangkul (dayung dsb): ~ cangkul tangkai cangkul; ~ dayung tangkai dayung. ~ air sungai. ~ hidung a. bahagian yg keras pd hidung. b. ki diri sendiri. ~ kalam tangkai pena. ~ tubuh a. tubuh badan (tidak termasuk kaki dan tangan). b. diri sendiri; peribadi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batang I

Puisi
 

Batang buruk batang tenggelam,
     Kelemunting tumbuh di pintu;
Ke sana kami sekarang malam,
     Pasik dinding buka di pintu.


Lihat selanjutnya...(135)
Peribahasa

Berkelahi di hujung batang,
     berbaik di pangkal batang.

Bermaksud :

Orang berkelahi atau bertengkar yang akhirnya berbaik kembali. (Bandingkan dengan: Biduk lalu kiambang bertaut). (Peribahasa lain yang sama makna: Sekali perahu lalu, sekali kiambang berkuak).

 

Lihat selanjutnya...(48)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
log constructionpembinaan logKesenianSeni BinaTeknik pembinaan bangunan yang menggunakan batang-batang kayu daripada pokok yang tegap dan mempunyai batang yang lurus. Batang kayu yang digunakan akan dilapik secara bertingkat-tingkat menggunakan teknik lidah-lurah. Teknik ini paling biasa digunakan hampir di keseluruhan Sweden, Finland, Norway, negara-negara Baltik dan Rusia, yang mempunyai banyak pokok konifer yang tinggi dan lurus seperti pokok pain dan cemara.
handlepemegang; hulu; hendal; batang raket; batangPerubatanTiadaTiada
handlepemegang; hulu; hendal; batang raket; batangKejuruteraanTiadaTiada
handlepemegang; hulu; hendal; batang raket; batangSukanTiadaTiada
pseudostembatang semuPertanianAgronomi

Organ yang kelihatan seperti batang dan mempunyai fungsi batang tetapi sebenarnya terdiri daripada daun-daun yang bergulung seperti batang pisang dan tumbuhan jenis halia. Batang tumbuhan tersebut sebenarnya merupakan umbisi yang terdapat di bahagian bawah tanah.

clear bolebatang bersihBiologiEkologiBatang pokok yang lurus dan tidak bercabang. Ketinggian batang bersih diukur dari bumi atau hujung banir hingga ke bahagian batang yang mengeluarkan cabang pertama.
pseudo-stembatang semuPertanianAgronomi

Batang palsu yang keluar dari umbisi terdiri dari empulur batang dan daun yang bergulung. Contohnya daun akan keluar batang pisang yang telah di cantas akan mengeluar bang palsu dari umbisinya.

stem tubertuber batangBotaniTiadaBahagian hujung batang di bawah tanah yang menjadi tebal dan berisi. Batang ini berasal daripada ketiak-ketiak daun di bahagian yang berhampiran dengan pangkal batang utama. Pada permukaan tuber terdapat mata tunas. Contohnya, pada kentang dan ubi torak.
Sampson posttiang SampsonKejuruteraanPetroleumTiang yang dibina daripada batang-batang keluli atau bahagian alatan permukaan rig penggerudian perkakas kabel piawai dan merupakan bahagian dari sistem pengepaman rod penyedut yang digunakan sebagai penyangga rasuk berjalan.
bacteriodbakteriodBiologiMikrobiologi1. Sifat yang menyerupai bakteria. 2. Bakteria yang berubah bentuk selepas mengalami sesuatu proses. Misalnya Rhizobium yang berbentuk batang, menjadi batang besar yang bercabang setelah menjangkiti akar tumbuhan kekacang.
12345678910...

Kembali ke atas