421 tester | penguji bateri 421 | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Penguji bateri untuk menguji bateri dengan satu penutup, yang memberi masa nyahcas dan cas kepada bateri untuk menentukan keadaan bateri. |
light-load test | ujian beban ringan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Ujian terhadap bateri dengan mengukur voltan di antara terminal bateri semasa bateri itu dikenakan beban ringan. |
self discharge | nyahcas sendiri | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Tindak balas kimia di dalam bateri yang menyebabkan bateri mengalami nyahcas sendiri walaupun tiada arus yang dialirkan keluar. |
high discharge test | ujian nyahcas tinggi | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Ujian yang dilakukan untuk menguji keadaan bateri dengan membenarkan bateri mengalami nyahcas yang tinggi dan voltan yang dihasilkan diukur. |
recharging | pengecasan semula | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Proses pengecasan semula bateri yang melibatkan pemasukan arus elektrik ke dalam bateri dalam arah yang bertentangan dengan arus yang mengalir daripada bateri apabila berlaku proses nyahcas. |
reserve capacity | muatan simpanan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pengelasan bateri berdasarkan tempoh masa (dalam minit) yang diambil oleh bateri pada suhu 26.7�C (80�F) untuk membekalkan arus 25 ampere, sebelum voltan pada setiap sel bateri menurun kurang daripada 1.75 volt. |
overcharging battery | bateri lampau cas | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bateri yang dicas secara berlebihan dan menyebabkannya menjadi rosak. |
battery bracket | pendakap bateri | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Pemegang bekas bateri yang dipasang pada kereta. |
maintenance free battery | bateri tanpa penyenggaraan | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Bateri yang tidak mempunyai lubang palam untuk mengisi air suling dan tidak memerlukan penyenggaraan secara berkala. |
molecular battery | bateri molekul | Fizik | Nanoteknologi | Peranti elektrokimia bersaiz nano yang dibina menggunakan molekul tertentu yang berupaya menyimpan cas. Contohnya, bateri yang dihasilkan dengan menumbuhkan molekul oligo fenilena-etinilena (OPE) berbentuk seperti berus rambut atas permukaan substrat emas. |