Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bekas (drpd tempurung, perak, tembaga, dll) yg berbentuk tempurung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar 1. batal, sia-sia; 2. tidak benar; 3. palsu; 4. lawan pd hak;kebatilan perihal tidak benar, lwn kebenaran: hanya dgn berbuat demikian, ~ akan hapus dan kebenaran akan muncul; berani berjuang dan berjihad utk menegakkan kebenaran dan menentang ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ark sl sj perahu yg bertiang dua. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bekas yg berbentuk spt tempurung, ada yg bertutup dan ada yg tidak bertutup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batil


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
monodramamonodramaKesusasteraanTiadaDrama yang dilakonkan oleh seorang pelakon sahaja. Drama ini boleh dianggap suatu monolog dramatik. Dalam monodrama, seorang pelakon boleh mengambil semua peranan dalam persembahan, iaitu beraksi, mengucapkan semua dialog dan menyanyi. Monodrama dikenali juga sebagai lakonan solo. Contoh monodrama daripada teater tradisional ialah Dalang Wayang Kulit, Tok Selampit dan Awang Belanga (Batil). Contoh lain ialah Emily of Emerald Hill oleh Stella Kon. Lihat juga monolog dramatik.
oral literaturesastera lisanKesusasteraanTiadaBentuk karya sastera yang muncul dalam masyarakat pratulisan, dicipta dan disampaikan secara lisan. Sastera lisan merupakan bentuk sastera yang terawal muncul dalam sesuatu masyarakat. Biasanya, sastera lisan bersifat kolektif, dan boleh dimiliki dan dihayati secara bersama. Sastera lisan kebanyakannya dianggap sebagai suatu bentuk seni persembahan kerana melibatkan gerak tubuh, dialog, muzik dan kostum. Sastera lisan disampaikan oleh tukang cerita profesional dan bukan profesional. Tukang cerita profesional digelar Awang Batil, Tarik Selampit, dan Awang Belanga. Oleh sebab sastera lisan disampaikan secara spontan, penciptaannya harus bergantung pada formula, frasa kodi, serta tema yang sudah tersedia dalam tradisi lisan. Formula, frasa kodi dan tema tersedia itu diubahsuai mengikut keperluan teks. Justeru, sastera lisan memperlihatkan ciei-ciri khusus penciptaan lisan, seperti bersifat skematik dan formulaik, serta penuh dengan unsur-unsur perulangan dan keselarian. Sastera lisan terdiri daripada bentuk prosa atau separa prosa seperti cerita rakyat dan lipur lara. Sastera lisan juga disampaikan dalam bentuk puisi, iaitu pantun, seloka, mantera, teromba dan lain-lain. Lihat juga cerita rakyat, formulaik.
lipur laralipur laraKesusasteraanTiadaGenre sastera rakyat bercorak cerita yang panjang yang mengisahkan keperihalan hidup warga istana. Pada dasarnya, cerita lipur lara ialah cerita fantasi kewiraan yang memerihalkan kehidupan alam kebangsawanan, terutamanya tentang percintaan putera-puteri raja, pengembaraan dan peperangan yang harus dilalui putera raja yang dianggap sebagai wira dalam cerita, untuk mendapat puteri idamannya atau objek pencariannya yang lain. Perjalanan putera raja sering membawanya ke negeri-negeri yang jauh, termasuk dunia kayangan. Dalam perjalanan, putera raja akan bertempur dengn pelbagai makhluk termasuk gergasi, geruda, jin dan peri. Untuk mencapai hajatnya, putera raja mendapat pelbagai bantuan, termasuk alat magis atau sakit. Cerita sentiasa berakhir dengan kemenangan wira dan kejayaannya memiliki puteri yang diimpikan atau memperoleh objek pencariannya. Tujuan cerita adalah untuk menghiburkan hati yang lara. Justeru, karya ini memberikan keutamaan kepada aspek yang dapat menimbulkan keindahan dan kekaguman. Di samping penampilan motif ajaib dan spektakular, cerita ini juga dipenuhi dengan pelbagai hiasan, iaitu istana, taman bunga, rupa paras, pakaian, deskripsi yang rinci dan lewah tentang adat-istiadat dan adab istana. Cerita lipur lara biasanya disampaikan secara lisan oleh seorang tukang cerita (penglipur lara) profesional yang dikenali dengan pelbagai gelaran, contohnya Awang Batil atau Awang Belanga (di Kedah dan Perlis), dan Tarik Selampit atau tok Selampit (di Kelantan). Persembahan tersebut diiringi alat muzik seperti belanga atau selampit. Lipur lara dikenali juga sebagai roman rakyat atau roman istana. Antara cerita lipur lara ialah Hikayat Inderaputera, Hikayat Malim Deman dan Hikayat Malim Dewa. Lihat juga cerita pari-pari.

Kembali ke atas