Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.ti.niah] | باطينيه

Definisi : Ar bersifat kebatinan: hidup itu akan sempurna kalau terdapat keseimbangan antara keperluan-keperluan lahiriah dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata batiniah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
divine afflatusilham kudusKesusasteraanPuisiDesakan yang bersifat batiniah yang berfungsi sebagai pendorong kepada seseorang penyair untuk mencipta sesebuah puisi. Contohnya, isu tanah di Teluk Gong telah rnenjadi sumber ilham kepada beberapa orang penyair pada tahun 1960-an untuk menghasilkan puisi yang berkaitan dengan Teluk Gong dan masyarakatnya.
conflictpertikaianKesusasteraanPuisiPertentangan yang ada kalanya bersifat lahiriah dan ada kalanya bersifat batiniah. Dalam puisi, pertikaian secara lahiriah ini jarang sekali dimunculkan oleh penyairnya berbanding dengan prosa. Kebiasaannya seseorang penyair itu lebih banyak menyuarakan perasaan hatinya apabila berhadapan dengan sesuatu yang kurang disenanginya. Contohnya, petikan daripada puisi "Perspektif' dalam antologi Bunga Gerimis karya Firdaus Abdu llah. malam bersama menung tidak berhujung siang bersama sesal seribu pangkal.

Kembali ke atas