Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bau.bauan] | باءو - باءوان

Definisi : segala yg berbau wangi, minyak wangi atau bunga yg harum dll: banyak digunakan kayu gaharu, setanggi, kemenyan dan jenis ~ lain; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bau.bauan] | باءو - باءوان

Definisi : segala yg berbau harum. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bau-bauan

Peribahasa

Jika bunga tak hendak dipersunting,
     boleh dibuat peraksi kain.

Bermaksud :

Perempuan yang baik budi pekertinya, walau sudah tua (rupa hodoh), boleh juga menjadi ketua rumah. raksi = bau-bauan yang harum; peraksi = bunga-bungaan dan sebagainya untuk mengharumkan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fragrancebau-bauanPerubatanTiadaTiada
aromatic gardentaman aromatikLandskapTiadaKawasan berlandskap yang ditanam dengan pelbagai jenis tumbuhan yang mengeluarkan bau-bauan. Taman ini juga digunakan untuk keselesaan pengunjung dan rawatan terapeutik.
adsorptionjerapanPertanianAgroteknologiKeadaan pelekatan molekul cecair, gas atau bahan terlarut pada permukaan bahan lain, menghasilkan kepekatan molekul yang lebih tinggi pada permukaan. Dalam pertanian, bahan yang boleh menjerap bau-bauan atau kelembapan seperti arang dan gel silika boleh digunakan untuk menyimpan produk pertanian dalam jangka masa panjang.
karaskarasPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Aquilaria spp. daripada famili Thymelaeaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah kakaras dan tengkaras bagi kayu sihat, dan aloe dan eagle bagi kayu berpenyakit. Gubal kayu dan teras kayu karas sukar dibezakan, dan biasanya berwarna putih kekuningan. Tekstur kayunya halus tetapi tidak sekata, akibat kehadiran floem terkandung, dengan ira yang lurus. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 335 hingga 500 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang lembut dan ringan. Kayu karas mudah diproses, tetapi tidak tahan dan mudah diserang kulat pewarna gubal. Kadangkala kayu ini menghasilkan kayu berpenyakit, yang mengandungi damar dan mengeluarkan bau harum. Kayu karas yang berpenyakit ini juga disebut kayu gaharu. Gaharu biasanya berwarna cioklat tua atau hitam, lebih berat dan lebih keras daripada kayu sihat, dan digunakan sebagai kayu bau-bauan, atau untuk perubatan tradisional. Kayu karas sihat sesuai digunakan dalam pembuatan kotak, sepit makan, tapak kasut, venir, dan papan lapis.
off odourluar bauanBiologiMikrobiologiBauan yang telah berubah daripada bau asal, biasanya semula dalam keadaan tertentu untuk meneruskan proses pembiakan.

Kembali ke atas