Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ba.wah] | باوه

Definisi : 1 arah atau bahagian yg lebih rendah; lw atas: bibir ~. 2 kurang drpd: Kanak-kanak berumur ~ lima tahun tidak dikenakan tiket. ~ angin sebutan utk negeri-negeri di Gugusan Pulau-Pulau Melayu. ~ rumah ruang di antara lantai rumah dgn tanah. ~ sedar endapan perasaan hati yg tidak disedari kewujudannya. ~ tanah a. dlm tanah. b. gelap atau rahsia (ttg gerakan dsb). bawahan 1 yg rendah pangkatnya; (orang, pegawai) rendahan. 2 orang yg di bawah perintah orang lain. pembawah angka pd sesuatu angka pecahan yg di sebelah bawah: Dlm angka pecahan , angka empat disebut ~. di bawah 1 di tempat yg lebih rendah: Mari kita pergi bermain-main ~ pohon jambu itu. 2 kurang drpd: Markahnya ~ markah saya. 3 dlm kuasa atau dlm pimpinan seseorang: zaman kegemilangan Melaka ~ pemerintahan Sultan Alaudin yg adil lagi bijaksana. ke bawah ke tempat yg lebih rendah: dr atas ~. mengebawahkan meletakkan atau membawa ke bawah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bawah

Puisi
 

Mengail bawah keramat,
     Dapat seekor ikan kerayu;
Abang belayar biar selamat,
     Tinggallah bunga atas kelambu.


Lihat selanjutnya...(71)
Peribahasa

Pelepah bawah luruh,
     pelepah atas jangan gelak.

Bermaksud :

Hendaklah insaf bahawa sekalian yang hidup itu akan mati juga.

 

Lihat selanjutnya...(50)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
downlightlampu tumpu bawahKesenianHiasan DalamanLampu kecil yang terpancar terus ke bawah. Lampu ini dipasang ke dalam, di atas permukaan atau tergantung. Lampu tumpu bawah biasanya digunakan untuk mempertingkatkan kecerahan pada sesuatu ruang.
bottom dead centre (BDC)pusat mati bawah (BDC)Kejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaKedudukan omboh pada titik yang paling bawah semasa omboh bergerak ke bawah di dalam silinder enjin, iaitu apabila isi padu silinder pada kedudukan aluminium.
cellarbilik bawah tanahKesenianHiasan DalamanRuang yang terletak di aras bawah tanah sesebuah rumah atau bangunan. Ruang ini dikelilingi oleh dinding asas, sesuai dijadikan sebagai stor barang dan tempat penyimpanan minuman keras kerana mempunyai suhu yang sekata sepanjang tahun. Di negara Barat, bilik ini digunakan sebagai tempat perlindungan semasa Perang Dunia Kedua dan ketika terjadinya taufan besar. Bilik bawah tanah lebih popular pada rumah lama berbanding dengan rumah masa kini.
downward swingayunan ke bawahEkonomiTiadaKeadaan kitaran perdagangan apabila aktiviti perniagaan dan perdagangan lembap, harga sedang mengalami kejatuhan, dan kadar pengangguran sedang meningkat. Misalnya, di Malaysia ayunan ke bawah berlaku pada akhir tahun 1970-an hingga pertengahan tahun 1980-an. Sinonim fasa ke bawah. Lihat juga kitaran perdagangan.
bottom bracketpendakap bawahSukanLumba BasikalBahagian bawah cantuman rangka basikal.
under bodyrangka bawahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaStruktur dan bahagian bawah rangka kereta.
lower radiator hosehos penyinar bawahKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaSaluran getah bahagian bawah yang menyambungkan bahan penyejuk dari penyinar ke enjin.
lower radiator hosehos radiator bawahKejuruteraan AutomotifEnjinSaluran yang terletak di bahagian bawah radiator yang menghubungkan bahagian keluaran radiator ke bahagian masukan pam air. Saluran ini mengalirkan bahan pendingin yang telah disejukkan oleh radiator untuk digunakan kembali bagi menyejukkan enjin.
piston skirtkambi ombohKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahagian bawah omboh, yang terletak di bawah lubang cemat omboh.
underground property damagekerosakan harta bawah tanahinsuransTiadaKerosakan ke atas dawai, saluran air atau paip saluran najis dan lain-lain di bawah permukaan tanah akibat kegunaan alat mekanikal bagi tujuan meratakan tanah, mengubin jalan, menggali, menggerudi, mengisi, mengorek dan menanam cerucuk kayu, besi atau konkrit ke dalam tanah sebagai asas bangunan.
12345678910...

Kembali ke atas