Plato�s cave | gua Plato | Kesusasteraan | Tiada | Alegori gua yang membezakan antara realiti dengan bayangan. Alegori gua yang terkenal ditulis oleh Plato dalam karyanya The Republic (Buku VII). Dalam alegori tersebut, ada beberapa orang yang diikat dengan rantai sambil menghadap dinding. Api yang menyala di belakang mereka memantulkan bayang-bayang pada dinding. Bayang-bayang ini dianggap sebagai objek sebenar atau realiti. Orang yang berjaya keluar daripada gua dan melihat dunia sebenar cuba meyakinkan penghuni gua tersebut bahawa apa yang dilihat hanyalah bayangan realiti. Akan tetapi, percubaan ini gagal. Alegori ini menerangkan perbezaan antara objek yang kelihatan dengan objek yang sebenar. Alegori merujuk kepada perihal kehidupan manusia di dunia iaitu bayang-bayang sering dianggap realiti. Alegori ini memberikan inspirasi kepada pembaca sastera untuk membezakan antara makna harfiah sesebuah teks dengan makna sebenar yang tersembunyi. |
fable | fabel | Kesusasteraan | Tiada | Cerita dongeng yang pendek dalam bentuk prosa atau puisi yang bertujuan untuk memberi pengajaran moral. Biasanya cerita yang dipaparkan menampilkan watak binatang atau objek yang diberikan sifat-sifat manusia. Contoh: Cerita �Anjing dan Bayang-bayang� |
poesy/poetry | puisi | Kesusasteraan | Puisi | Hasil karya sastera berbentuk puisi yang diciptakan oleh seseorang penyair. Contohnya, puisi "Anak Asia" karya Baha Zain. Meski hitam atau kuning warna kulitnya bayi itu tak berdosa untuk diwariskan keganasan atau diajar apa ertinya kehidupan dengan cara pembunuhan atau dibesarkan dengan susu berbau mesiu di bawah bayang-bayang sepatu perang |
iconic image | citra ikonik | Kesusasteraan | Puisi | Bayang atau cerminan gambaran sesuatu ikon atau sesuatu objek yang membentuk pemikiran penyair lalu dipaparkan dalam frasa ataupun kalimat. |
imagination | pencitraan | Kesusasteraan | Puisi | Berkait rapat dengan proses pembayangan dan pencerminan sesuatu objek atau unsur alam semulajadi. Semakin tinggi daya bayang seseorang penyair semakin realistiklah sesuatu unsur yang dicitrakannya, walaupun belum pemah dilihat dalam alam realitinya. Puisi ini menggambarkan tentang situasi, tempat, peristiwa, objek dan sebagainya. Contohnya, puisi "Kemarau Kota" karya Mokhtar Yassin. Sinonirn imaginasi. Azan pagi dan hatiku sepi jauh dari tangis Liza tawa Ani fajar hilang ditelan enjin dan sibuk kota tawaku kemarau di dada kota. |
satire | satira | Kesusasteraan | Puisi | Corak puisi yang berupa kecaman, cemuhan atau sindiran tetapi disampaikan secara halus dan kesannya amat tajam. Contohnya. seperti pantun di bawah. Dalam semak ada duri, Ayam kuning buat sarang; Orang tamak selalu rugi, Bagai anjing dengan bayang. |
ornamental content | kandungan hiasan | Kesusasteraan | Tiada | Bahagian dalam teks puisi atau prosa yang dianggap kurang penting. Bahagian ini biasanya memaparkan aksi yang remeh-temeh, pemerian rinci dan panjang lebar yang bersifat hiasan. Kandungan hiasan berbeza dengan kandungan generatif yang merupakan bahagian penting dalam teks. Kandungan hiasan banyak terdapat dalam genre lipur lara. Dalam karya ini, kandungan hiasan berfungsi menimbulkan keindahan, kekaguman, dan keasyikan. Kandungan hiasan biasanya terdapat dalam bentuk pemerian tentang istana, taman bunga, pakaian putera-puteri, kenduri-kendera, keramaian atau perkelahan. Contohnya, pemerian sebuah taman diungkapkan seperti yang berikut: �Maka dilihat oleh Inderaputera pasirnya itu daripada emas urai, dan batunya itu daripada permata yang indah-indah. Syahadan kersiknya daripada mutiara, dan rumputnya daripada kumkuma, dan tanahnya daripada kesturi, dan airnya daripada air mawar, dan di tepi tasik itu beberapa pohon anggur dan pohon zabib dan pohon delima, dan buah-buahan yang indah-indah di tepi sungai itu.� (Hikayat Indera Putera). Pemerian kecantikan seorang puteri pula diungkapkan seperti yang berikut: �pipinya bagai pauh dilayang, bahunya seperti bahu wayang, lehernya suka ditentang dayang, pinang dimakan berbayang-bayang, hidungnya seperti kuntum melur, wajahnya laksana kuning telur, putih sifatnya warna hablur, berpatutan sanggul mayang mengekur, bibirnya seperti pati dicarik, lehernya laksana gumba dilarik, berpatutan sunting bunga anggerik, demikianlah bertambah rupanya baik�. (Syair Bidasari) Banding kandungan generatif. |