sea breeze | bayu laut | Sains Marin | Tiada | Angin pantai tempatan yang bertiup di pantai dari laut ke darat disebabkan perbezaan suhu apabila permukaan laut lebih sejuk daripada suhu daratan yang berhampiran. |
light breeze | bayu sepoi | Sains Marin | Tiada | Angin yang mempunyai kelajuan 4-7 knot pada skala Beaufort. Angin ini menghasilkan ketinggian ombak dalam lingkungan 0.2-0.5 m. |
breezeway | laluan bayu | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
invective | serapah | Kesusasteraan | Puisi | Kata-kata kasar atau kesat yang penggunaannya sangat berkaitan dengan tujuan sesuatu amanat atau pemikiran yang hendak disampaikan oleh penyairnya. Contohnya, serapah ini jelas pada puisi "serapah Mcngalin" di bawah. Sinonim seranah. Assalamualaikum, bisa dibayang Bisa jangan bersenang lagi, Bisa jangan bernaung lagi, Bisa jangan olang-olitan, Bisa dipuput bayu lalu , Bisa dipuput mambang kuning, Mati disambar kilat tanglung, Mati disambar kilat senja, Mati dipanah halilintar, Mati ditimpa hujan lebat. Mati ditunda undang-undang, Mati diampun air bah, Mati dialun tepung pelunas. Kabul bcrkat la-il aha-il -lallah. |
clausula | suku kata terakhir | Kesusasteraan | Puisi | Suku kata yang terdapat pada perkataan terakhir dalam setiap baris. Dalam serangkap pantun empat kerat, khalayak akan dapat melihat suku kata akhir ini sebanyak empat kali. Walau bagaimanapun dalam puisi moden suku kata terakhir bergantung kepada jumlah baris yang terkandung dalam rangkap tersebut. Contohnya, seperti pantun di bawah. Terbang burung dari selatan, Dipuput angin sangga bayu; Bukalah surat dari lipatan, Lihatlah pantun bahasa Melayu. |
pameo | pameo | Kesusasteraan | Puisi | Hasil ciptaan penyair yang sarat dengan unsur-unsur atau nada� nada sindiran ataupun ejekan. Sindiran itu diresapkan dalam baris� baris puisi secara tidak langsung, namun kesannya cukup tajam. Contohnya, puisi "Malang Pak Kaduk" dalam Bunga Gerimis. Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai ! Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran! Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang! Ada isteri dibunuh,Nyai-is mati oleh tak makan! Masa belayar kematian angin, Sudah dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk! |