local winds | angin setempat (local winds) | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Angin yang bertiup dalam kawasan terhad, dan disebabkan oleh keadaan tempatan yang berbeza daripada angin akibat kesan taburan tekanan, atau angin yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut keadaan setempat. Angin setempat dikelaskan kepada empat kumpulan utama; i) angin akibat kesan topografi setempat, seperti angin ngarai, angin genting gunung dan kosava; ii) angin antitriptik, seperti bayu laut, bayu darat, angin gunung dan lurah, dan pada skala yang besar angin fohn, cinuk, bora dan mistral; iii) angin tak stabil yang diakibatkan oleh pemanasan setempat, atau akibat aliran udara sejuk, seperti ribut debu, hab dan angin ribut petir; dan iv) angin kencang akibat gradien tekanan yang kuat atau akibat aliran yang tak terganggu di atas permukaan yang rata atau kedua-duanya, seperti khamsin, siroko, ribut salji, buran, dan purga. |