Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bahan berbau harum (biasanya berupa serbuk halus) yg dipakai pd kulit (terutamanya pd muka); ~ air bedak yg sudah bercampur air; ~ batu = ~ buku bedak yg berketul; ~ dingin Id bedak sejuk; ~ muka bedak yg dipakai utk mencantikkan muka; ~ panas sj bedak utk ubat; ~ podar bedak yg halus (spt tepung); ~ sejuk bedak yg dibuat drpd tepung beras (dihancurkan dlm air sebelum dipakai); ~ siam bedak air yg wangi; berbedak dibubuhi (disapu) bedak: mukanya belum ~ lagi; membedaki membubuh (menyapu) bedak pd: dia mengambil sedikit bedak utk ~ mukanya;membedakkan membubuhkan atau menyapukan bedak pd: dia ~ bayi itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : (bédak) Kd; membedak membahagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tepung halus yg biasanya berbau wangi dan disapukan pd muka (tubuh dsb). berbedak memakai bedak; menggunakan bedak: Setiap pagi, selepas mandi, ia ~ dahulu sebelum memakai baju. membedaki menyapukan bedak pd; mengenakan bedak pd: ~ bayi. membedakkan menyapukan sesuatu sbg bedak: Sewaktu bermain-main dgn temannya, dia ~ tepung pd anak patungnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bedak

Puisi
 

Apa merah dalam padi,
     Buah ciku dengan bedak;
Apa dimarah pada kami,
     Sekali marah sekali tidak.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
powder puffpaf bedakPentadbiran PerniagaanTiadaPaf lembut untuk menyapu bedak kosmetik.
clay gougebedak lempungGeografiTiada1. Mendapan berlempung di zon sesar.,2. Lipit lempung yang tipis yang memisahkan jisim bijih, atau memisahkan bijih dari batuan sekitar.
clay gougebedak lempungGeologiTiada1. Mendapan berlempung di zon sesar.,2. Lipit lempung yang tipis yang memisahkan jisim bijih, atau memisahkan bijih dari batuan sekitar.
talcum powderbedak talkumKimiaTiadaTiada
concealing foundationbedak asas sembunyiPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
medicated foundationbedak asas rawatPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
poudreusemeja bedakKesenianHiasan DalamanMeja yang digunakan untuk berhias pada abad ke-18. Meja ini terdiri daripada meja lipat di bahagian atas dan cermin di bahagian bawahnya.
dusting powderserbuk sabun; bedak sabun (bayi), serbuk pendebuanKimiaTiadaTiada
dusting powderserbuk sabun; bedak sabun (bayi)FarmasiTiadaSebarang serbuk halus untuk ditabur pada kulit.
make-upmekap; hiasanPentadbiran PerniagaanTiadaMekap: 1. Alat solek seperti bedak, gincu dan maskara.,2. Perbuatan menghias diri dengan alat-alat solek.
12

Kembali ke atas