Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bég] | بيݢ

Definisi : (bég) bekas utk mengisi, menyimpan atau membawa pakaian, surat, buku, dll yg dibuat drpd kulit dll; ~ baju = ~ pakaian beg tempat pakaian; ~ bimbit a) beg kecil berbentuk empat segi yg digunakan utk membawa dokumen; b) = ~ jinjit beg yg dijinjit atau dijinjing; ~ buku = ~ sekolah beg utk mengisi buku-buku sekolah; ~ diplomatik beg atau bekas yg berisi surat rasmi, barang dsb yg dihantar kpd atau drpd sesebuah kedutaan, biasanya tidak diperiksa oleh pihak berkuasa kastam dsb; ~ duit = ~ saku = ~ wang beg kecil utk mengisi wang; ~ galas = ~ sandang beg yg digalas pd bahu; ~ kepit sj beg tidak bertali yg biasanya dibawa dgn mengepitnya di celah ketiak atau dipegang dgn tangan; ~ surat beg tempat surat; ~ tangan beg perempuan yg dijinjing di tangan atau digalas di bahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bég] | بيݢ

Definisi : /bég/ berbagai-bagai jenis bekas pakaian dll yg dibuat drpd kulit dsb: ~ tangan sj beg kecil utk orang perempuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beg


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
air bagbeg udaraFizikNanoteknologiMembran atau sampul anjal yang dapat menggelembung untuk mengisi udara atau gas lain. Beg udara dipasang pada kenderaan bagi tujuan keselamatan. Apabila berlaku kemalangan, beg udara akan menggelembung setelah dipicu oleh satu sistem nanosensor yang terdiri daripada mikroelektromekanik (MEMS) atau nanoelektromekanik (NEMS) yang dilekatkan pada beg udara tersebut. Contoh membran ialah nilon 6,6 atau poliester.
ziplock bagbeg zip kedapPengurusanTiadaSejenis beg plastik yang boleh ditutup dan dibuka semula bagi memastikan kekedapannya.
bug out bag (BOB)beg kecemasan (BOB)UmumTiadaBeg yang mengandungi barangan keperluan seperti makanan, air, ubatubatan dan lampu suluh yang mampu bertahan selama 72 jam sewaktu menghadapi krisis bencana atau keadaan yang tidak dapat dielakkan.
mucous-bag suspension feederpenuras ampaian beg-mukusSains MarinTiadaOrganisma yang mendapatkan makanan, iaitu dengan meng- gunakan bahan penuras berupa beg-mukus atau perangkap lendir. Menerusi kaedah ini, lembaran mukus atau lendir digunakan untuk memerangkap zarah makanan yang terapung dalam air. Contohnya, cacing poliketa Chaetopterus yang hidup di dalam tiub berbentuk U dan mengepam air melalui tiub tersebut yang perlu melepasi lembaran mukus. Zarah makanan yang terperangkap digulung membentuk bebola dan seterusnya ditelan.
victim facilitationpemudahan mangsaKriminologiKeadilan JenayahTindakan atau keadaan apabila seseorang individu mewujudkan peluang secara tidak sengaja yang membolehkan pelaku melakukan jenayah terhadapnya. Contohnya, seorang wanita meletakkan beg tangan di dalam troli semasa membeli belah sehingga mengakibatkan beg wanita tersebut diragut.
air bagbeg keselamatanKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaAlat penyelamat pada roda stereng yang diaktifkan secara elektronik, dan mengembang serta-merta apabila berlaku pelanggaran.
backpackerpelancong beg galasPelanconganTiadaPelancong kelas ekonomi yang hanya menggunakan kemudahan asas dan melibatkan kos yang rendah.
feeding bagbeg sajiSukanLumba BasikalBekas untuk mengisi makanan dan minuman sewaktu perlumbaan.
nozzlemuncung; nozelPentadbiran PerniagaanTiadaNozel: Tiub aising yang diletakkan di dalam beg aising untuk menghias kek.
accelerometerakselerometerFizikNanoteknologiPeranti yang mengukur pecutan, kecondongan atau kesan graviti. Terdapat pelbagai jenis peranti akselerometer bergantung pada komponen utamanya seperti filem piezo, mikroelektromekanik (MEMS) dan nanoelektromekanik (NEMS). Akselerometer yang menggunakan teknologi MEMS, digunakan dalam industri automotif untuk mengesan pelanggaran dan penggelembungan beg udara. Sinonim gravimeter, meter pecutan.
12

Kembali ke atas