middle class | kelas menengah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan menengah atau kelas sosial yang berada di antara kelas atasan dengan kelas bawahan dalam masyarakat. Golongan ini dibentuk oleh kumpulan peniaga, profesional, birokrat, peladang dan pekerja mahir yang menjadikan golongan ini begitu kompleks. Walaupun begitu, golongan ini memiliki sifat sosial yang sepunya dan berkongsi kepentingan yang sama. Mobiliti sosial kelas ini terbuka untuk menerima anggota baru daripada kelas bawahan. Anggotanya juga boleh mendaki ke kelas atasan setelah memperoleh kejayaan yang tinggi. Kumpulan ini juga merupakan kelas yang berpendidikan dan cenderung melibatkan diri dalam penyertaan politik. Pembangunan demokrasi sesebuah negara bergantung kuat kepada kekuatan kelas menengah ini. Contoh kelas menengah ialah golongan profesional seperti doktor, jurutera, arkitek dan peguam. Sinonim kelas pertengahan. |
statesman | negarawan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Seorang yang begitu komited dan terlibat aktif dalam pemerintahan dan pentadbiran negaranya. Orientasi politik beliau bersifat terbuka dan tidak terikat kepada sokongan parti atau individu tertentu. Beliau sangat sensitif dan mengambil berat akan hala tuju negara dan sentiasa berusaha mempengaruhi sebarang dasar yang digubal serta memastikan pelaksanaannya. Contohnya, Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang negarawan yang berusaha gigih dalam membangunkan Malaysia. |
bas-relief | timbulan bes | Kesenian | Hiasan Dalaman | Arca timbul berukir yang dilekatkan pada permukaan dinding yang rata. Motif timbul berukir yang digunakan tidak begitu tinggi daripada permukaan dinding asal. Contoh timbulan bes yang paling jelas adalah seperti yang terdapat pada jalur berukir di atas tiang Parthenon. Ukiran timbulan bes tidak sama dengan ukiran alto-rilievo yang mempunyai ukiran timbul yang begitu menonjol keluar serta tinggi daripada permukaan dinding asal. |
racial bigotry | taasub bangsa | Sejarah | Tiada | Sifat yang begitu taasub dan bangga dengan keturunan bangsanya sendiri yang dianggap terulung di dunia. |
characterization | pencirian; perwatakan | Kesusasteraan | Tiada | Imej-imej manusia yang diimaginasikan penulis dicipta dengan begitu meyakinkan sehingga pembaca dapat merasakannya sebagai sesuatu yang nyata dan dari segi ukuran sesebuah cereka. |
written paid basis | asas bayaran bertulis | insurans | Tiada | Asas mengira nisbah kerugian insurer yang tidak begitu tepat dengan membandingkan premium insurans yang ditulis dengan tuntutan yang dibayar dalam sesuatu tempoh tersebut. |
euphony | eufoni | Kesusasteraan | Puisi | Rangkaian bunyi vokal atau konsonan dalam baris puisi yang harmonis dan begitu enak didengar apabila dibaca atau dideklamasikan. Contohnya, puisi "Berdiri Aku" karya Amir Hamzah, dalam kumpulan Nyanyi Sunyi. Sinonim kemerduan. |
idyll | kedesaan; idil | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mencitrakan tentang kehidupan masyarakat yang bersuasana kedesaan dengan begitu bersahaja, sederhana, dan tidak melebih-lebihkan sesuatu imej yang dipaparkan. Contohnya, puisi Dharmawijaya yang berjudul "Senyum Anak Tani" dalam kumpulan Warna Maya. Bercerai kasih talak tiada, Seribu tahun kembali juga. |
paradox | paradoks | Kesusasteraan | Puisi | Gaya bahasa yang hampir sama dengan ironi. Bahasa yang digunakan bertentangan atau begitu asing dengan kenyataan sebenar meskipun maknanya betul. Contohnya, 'benci tetapi rindu'. |
indeterminacy | ketidaktetapan | Kesusasteraan | Tiada | Ketidakstabilan makna dalam teks sastera. Hal ini berlainan dengan pegangan tradisi lama yang begitu yakin bahawa makna wujud dalam teks dan dijana oleh konteks. Menurut persepsi baharu ini, konteks dianggap sebagai keadaan yang mencipta tekstualiti dan sesuatu yang telah dibuktikan tidak stabil. Oleh itu, konteks tidak boleh digunakan sebagai petunjuk makna yang mutlak dalam sesebuah teks. Istilah ketidaktetapan muncul daripada kritikan pascastruktural. |