safe working distance | jarak bekerja selamat | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Jarak selamat daripada punca sinaran untuk operator radiografi industri bekerja. Jarak tersebut ditentukan oleh dos selamat yang terdapat pada Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas (2010) di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984. |
double agent | perisik dwimuka | Undang-undang | Tiada | Seseorang yang bekerja sebagai pengintip untuk sesuatu negara atau organisasi tertentu tetapi turut bekerja untuk musuh negara atau organisasi tersebut. |
welfare payment | bayaran kebajikan | Ekonomi | Tiada | Bantuan kewangan oleh pihak kerajaan kepada orang miskin, terutamanya mereka yang tidak boleh bekerja, atau yang berpendapatan rendah. Bayaran ini mempunyai kesan negatif, kerana ia mungkin mendorong orang supaya tidak bekerja lebih. |
procedure | tatacara | Kesusasteraan | Tiada | Cara atau aturan bekerja yang lazim dilakukan untuk membuat sesuatu urusan. |
petit bourgeois | borjuis kecil | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelas dalam masyarakat yang berada di pertengahan antara proletar dan borjuis. Mereka terdiri daripada golongan sederhana seperti pekedai, petani yang memiliki tanah dan berupaya bekerja sendiri, golongan yang menghasilkan pertukangan dan mengusahakan pengeluaran kecil. Golongan ini bukan merupakan buruh kerana tidak bekerja dengan orang lain dan bukan juga borjuis kerana tidak mengeksploitasi tenaga buruh lain. Karl Marx menyatakan bahawa kelas borjuis kecil terdedah kepada proses pemproletaran yang dikuasai oleh borjuis yang lebih kaya dan lama-kelamaan akan terhapus. Contohnya, golongan usahawan kecil seperti pekedai dan peraih. Sinonim borjuis bawahan. |
expatriate | ekspatriat | Pelancongan | Tiada | Individu yang tinggal dan bekerja di negara asing. |
smithing | pertukangan logam | Umum | Tiada | Perbuatan atau seni bekerja atau menempa logam, seperti besi ke dalam sebarang bentuk yang diperlukan. |
visual merchandiser | pedagang visual | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Individu yang bekerja dengan merancang, mereka cipta dan melaksanakan strategi bagi mempromosikan perdagangan visual secara kreatif. Individu ini juga bertanggungjawab dalam membuat paparan visual sesuatu produk atau perkhidmatan yang menarik termasuklah menghasilkan paparan tingkap, papan tanda, paparan dalaman, paparan lantai dan paparan promosi khas yang dapat menarik perhatian pelanggan untuk membeli produk atau perkhidmatan tersebut. |
group permanent health insurance | insurans kumpulan kesihatan kekal | insurans | Tiada | Skim insurans kumpulan yang disediakan sama ada oleh majikan terhadap kakitangannya atau rakan kongsi sesebuah organisasi. Polisi ini memperuntukkan pendapatan jika seseorang itu tidak boleh bekerja akibat kemalangan atau penyakit. Polisi ini juga memberi perlindungan sepanjang tempoh seseorang bekerja tanpa mengambil kira kekerapan tuntutan dan tempoh penyakit atau kemalangan yang dialaminya. |
political worker | petugas politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Individu yang bekerja untuk sesuatu organisasi atau parti politik sama ada secara sukarela atau dengan mendapat bayaran untuk perkhidmatannya. Petugas ini ditempatkan di pejabat atau markas parti dan melaksanakan segala bentuk kerja perkeranian dan pentadbiran seperti surat-menyurat, penyimpanan fail, rekod serta perhubungan antara ahli politik. Dalam menghadapi pilihan raya, petugas ini akan melaksanakan kerja yang berkaitan dengan kempen, pendaftaran, penyebaran poster, manifesto dan sebagainya. Petugas ini mungkin tidak memahami sepenuhnya ideologi atau sejarah parti tetapi melakukannya sebagai satu pekerjaan. Contohnya, petugas politik di Biro Pengaduan MCA akan menyelesaikan pelbagai masalah orang ramai yang datang mengadu ke pejabat biro tersebut. |