scenographer | sinografer | Kesusasteraan | Tiada | Individu yang bekerjasama dengan pengarah teater untuk menghasilkan seni reka pentas. |
affiliated hotel | hotel bergabung | Pelancongan | Tiada | Sekumpulan hotel yang bekerjasama untuk mencapai tujuan tertentu, seperti mempromosikan produk dan meningkatkan daya saing. |
affiliated partner | rakan kongsi bergabung | Pelancongan | Tiada | Hotel atau agensi pelancongan yang bekerjasama untuk meningkatkan daya saing. |
coopetition | kerjasama pesaing | Perniagaan | Tiada | Amalan antara syarikat yang bersaing di pasaran dalam bekerjasama secara strategik seperti berkongsi sumber sedia ada untuk mengurangkan kos bagi mencapai hasil dan keuntungan bersama. |
align | bersekutu | Sains Politik | Politik Perbandingan | Tindakan individu, organisasi atau negara yang bersetuju untuk bekerjasama secara sementara dalam menangani sesuatu masalah yang timbul Pakatan tersebut melibatkan kepentingan bersama apabila wujud ancaman oleh pihak tertentu. Negara yang terancam bersetuju untuk mewujudkan tindakan yang bersifat bersekutu bagi menghadapi ancaman. Contohnya, pihak bersekutu yang dibentuk sewaktu Perang Dunia Kedua antara Amerika Syarikat, Great Britain dan Perancis bagi menghadapi ancaman Jerman, Itali dan Jepun. |
low carbon community | komuniti berkarbon rendah | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Masyarakat yang bekerjasama untuk mengurangkan jumlah pelepasan sebatian karbon dalam alam sekitar melalui pelbagai cara, contohnya melakukan aktiviti mampan yang melibatkan isi rumah, perniagaan, sekolah dan masyarakat. |
team spirit | semangat berpasukan | Sukan | Lumba Basikal | Kemahuan tinggi di kalangan pemain sepasukan untuk bekerjasama dan menjayakan pasukan tersebut. |
bridge | brij | Sukan | Tiada | Permainan kad yang dimainkan oleh empat orang, iaitu dua pasangan pemain yang saling bekerjasama dengan strategi tertentu untuk mencapai skor tertinggi dalam permainan tersebut. |
vertical community | komuniti menegak | Sosiologi | Tiada | Komuniti daripada pelbagai penyewa yang mendiami setiap tingkat berbeza di sesebuah bangunan dan bekerjasama mencapai kesejahteraan bersama. |
collaborative intelligence tools | alat kecerdasan kolaboratif | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Perisian yang membolehkan analisis kolaborasi dilakukan terhadap sekumpulan pengguna yang bekerjasama antara satu sama lain walaupun berada di lokasi yang berbeza. Dalam konteks e-pembelajaran, analisis dilakukan terhadap cara pelajar dan/atau pengajar menyelesaikan masalah dengan berkomunikasi antara satu sama lain, bersidang video, berkongsi dokumen, berkongsi paparan komputer dan lain-lain. Ciri analitik ini menggunakan teknik kecerdasan buatan seperti multiagen dan pengecaman pola. |