Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ku] | بکو

Definisi : 1. pejal, keras (bkn benda cair): di kutub, air laut ~ sepanjang tahun; 2. ki kaku, tidak bergerak: yg ~ dan tidak selaras dgn zaman moden; bahasanya usang dan ~; modal utk membeli barang baru masih ~ di tangan penghutang; 3. ditangguhkan (berlakunya sesuatu), digantung, dilarang bergerak: parti itu perlu diharamkan ataupun dinyatakan ~ sementara; ~ otak = ~ fikiran tidak mudah faham; membeku menjadi beku: darah yg keluar itu sangat lambat mengalir, tetapi ia segera ~; membekukan 1. menjadikan beku, membuat (sesuatu) menjadi beku atau pejal: dlm masa seminggu sahaja, sudah pandai menggunakan pisau toreh dan ~ getah; 2. menghentikan sesuatu amalan (pergerakan, kegiatan, kemudahan, dll) buat sementara: peminjaman wang utk membeli kereta telah dibekukan pd bulan lalu; ~ jawatan menghentikan pengisian jawatan kosong buat sementara waktu; kebekuan perihal (keadaan) beku: keadaan ini boleh membawa kita keluar drpd ~ fikiran;pembekuan perihal atau perbuatan mem beku(kan): batu-batan di negeri-negeri yg berhawa dingin kerap kali pecah oleh ~ air di celah-celahnya; pembeku bahan yg digunakan utk membekukan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ku] | بکو

Definisi : 1 keras atau kental kerana sejuk (ttg cecair): Pagi itu sejuk sungguh sehingga minyak kelapa dlm botol pun menjadi ~. 2 ki ditangguhkan berlakunya sesuatu; tidak bergerak: Pengambilan kakitangan diarahkan ~ buat sementara. membeku menjadi beku: Air akan ~ apabila disejukkan ke paras 32 darjah Fahrenheit. membekukan membuat sesuatu jadi beku; menyebabkan sesuatu menjadi beku: Petang semalam, saya belajar ttg cara-cara ~ getah drpd abang saya. kebekuan keadaan beku. pembekuan perihal membeku atau membekukan. pembeku benda atau bahan yg digunakan utk membekukan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beku

Puisi
 

Tanjung Po Tanjung Berapi,
     Api berkilat di mungguk kubur;
Rasa nak beku di dalam hati,
     Melihat tuan iman gugur.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antifreeze agentagen antisejuk bekuKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahan kimia misalnya etilena glikol yang ditambah ke dalam bahan penyejuk enjin untuk meningkatkan takat didih dan menurunkan suhu beku air.
frozen semensemen sejuk bekuPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSemen yang dikumpulkan, dianalisis dan disimpan dalam cecair nitrogen pada suhu −196°C (−321°F) untuk kegunaan masa depan dalam permanian beradas. Semen sejuk beku pada suhu ini boleh disimpan dalam tempoh jangka masa yang lama.
antifreeze agentagen antibekuKejuruteraan AutomotifEnjinBahan kimia yang dicampurkan ke dalam cecair pendingin untuk menghalang air membeku pada suhu beku normal cecair tersebut. Agen ini berfungsi untuk merendahkan takat beku cecair pendingin. Contohnya, etilina glikol.
brain freezebeku otakPerubatanTiadaRasa sakit di bahagian kepala disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang sangat sejuk.
frozen rentsewa bekuPenilaian Harta TanahTiadaTiada
freeze-dryingpengeringan sejuk bekuHerbaTiadaProses menyingkirkan lembapan dengan cara disejukbekukan. Biasanya cecair ekstrak herba atau bahan herba dalam bentuk yang utuh disejukbekukan dan kandungan air dikeringkan secara pemejalwapan pada tekanan dan suhu rendah untuk menghasilkan serbuk ekstrak herba atau bahan herba kering. Proses ini sesuai digunakan bagi pengeringan bahan herba yang termolabil. Contohnya serbuk ekstrak larut air kopi dan tongkat ali.
freezing injurykecederaan sejuk bekuPertanian OrganikTanaman Makanan-
sublimationpemejalwapanHerbaTiadaPerubahan fasa pepejal kepada fasa wap tanpa melalui fasa cecair. Wap berubah semula kepada pepejal apabila terkondensasi pada permukaan sejuk. Proses ini digunakan terutamanya dalam pengeringan sejuk beku. Contohnya, pemejalwapan teofilina yang banyak terdapat dalam koko. Lihat juga pengeringan sejuk beku.
serumserumKejururawatanTiadaCecair yang terpisah daripada darah yang telah beku. Ia menyerupai plasma dari segi kandungannya tetapi tanpa daya fibrinogen dan bahan-bahan lain yang diperlukan dalam proses pembekuan.
alimentationalimentasiGeologiTiada1. Proses menyediakan atau mengambil makanan. 2. Pertambahan kasar jatuhan salji, avalanche salji dan ais, dan juga air cairan yang beku semula di dalam zon penimbunan sesebuah glasier. Glasier tersebut akan mara, undur atau kekal setempat bergantung kepada sama ada alimentasi adalah lebih besar, lebih kecil atau seimbang dengan proses ablasi.
12

Kembali ke atas