social learning | pembelajaran sosial | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Kaedah pembelajaran yang berasaskan teori pembelajaran sosial, iaitu manusia belajar dengan belajar daripada manusia lain dengan meniru perbuatan tersebut berdasarkan pemerhatian atau perkongsian maklumat. Pembelajaran ini merupakan satu bentuk revolusi dalam e-pembelajaran yang menggalakkan interaksi sesama mereka seperti individu yang terlibat dalam pembelajaran terangkai. Lihat juga pembelajaran terangkai. |
peeragogy | piragogi | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Pendekatan pembelajaran fleksibel yang melibatkan pembelajaran sesama rakan secara kolaboratif. Mereka belajar dengan menggunakan alat kolaboratif dan pengetahuan dalam talian kerana ketiadaan rakan yang pakar bidang dan ketiadaan guru. Piragogi juga berkaitan dengan belajar dan mengajar sesama rakan. Sinonim paragogi. |
family allowance | elaun keluarga | Ekonomi | Tiada | Elaun tambahan yang diberi kepada pekerja yang belajar atau berkhidmat di luar negeri untuk membantu sara hidup keluarga pekerja tersebut. |
occupation | cara kerja | Perubatan | Tiada | Sebarang jenis pekerjaan atau aktiviti dalam kehidupan seharian seperti bekerja, belajar, bermain, rehat, tidur dan lain-lain. |
differentiated instruction | pengajaran terbeza | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Strategi pengajaran yang mengambil kira keperluan dan perbezaan setiap individu yang merangkumi gaya belajar, tahap kesediaan dan kebolehan seseorang pelajar menguasai isi kandungan pelajaran. Pengajaran terbeza berlaku apabila guru menggunakan strategi, bahan bantu mengajar dan aktiviti yang khusus kepada setiap pelajar supaya mereka dapat mencapai tahap penguasaan yang ditentukan mengikut kebolehan masing-masing. |
curriculum mapping | pemetaan kurikulum | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Proses mengindeks dan menyelaras bahagian-bahagian kurikulum seperti objektif, aliran idea, tahap pelajar, kesesuaian sumber, tempoh belajar dan pentaksiran bagi mengenal pasti dan menangani isu ruang, kesinambungan, kelewahan dan ketidakjajaran akademik. Proses ini bertujuan untuk memperbaik kekoherenan kursus serta keberkesanan e-pembelajaran. |
preoperational stage | peringkat praoperasi | Perubatan | Psikiatri | Peringkat kedua daripada empat peringkat dalam perkembangan kognitif mengikut Teori Perkembangan Kognitif Piaget. Pada peringkat ini, kanak-kanak belajar mengenali sesuatu objek dengan menggunakan imej dan perkataan. |
delinquent peer influences | pengaruh delinkuen sebaya | Kriminologi | Keadilan Jenayah | Pengaruh yang disebabkan oleh pergaulan dengan rakan-rakan yang pernah atau sedang terlibat dalam mana-mana kesalahan atau tingkah laku antisosial. Menerusi pergaulan ini, individu tersebut belajar cara-cara, teknik, serta motivasi untuk melakukan kesalahan atau tindakan antisosial tersebut. |
political socialization | pemasyarakatan politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Proses menerapkan nilai dan budaya politik sesuatu masyarakat ke dalam diri individu secara sedar atau tidak yang berjalan berterusan sejak seseorang itu kecil. Proses ini menjadikan individu itu belajar dan mengetahui amalan dan budaya politik masyarakatnya dan seterusnya mengamalkannya seperti anggota lain. Anak-anak kecil sentiasa memerhati perlakuan orang tuanya dan kemudian meniru perlakuan tersebut. Apabila membesar mereka akan bercampur dengan rakan sebaya dan melihat anggota masyarakat lain serta menyerap lebih banyak elemen budaya politik lalu mengamalkannya. Ibu-bapa, sekolah, rakan sebaya, media, kerajaan dan parti politik merupakan agen sosialisasi politik yang sangat berkesan. |
learning experience (LX) | pengalaman pembelajaran (LX) | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Sebarang rakaman interaksi, kursus, program atau apa-apa sahaja aktiviti pembelajaran, sama ada dalam sesi pembelajaran formal atau tidak formal. Contoh pengalaman pembelajaran seperti sesi kuliah, sesi bertemu pakar, lawatan sambil belajar, kerja lapangan, gamifikasi, interaksi dalam talian, latihan amali, sangkutan kerja dan aktiviti kokurikulum. |