Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hiba, turut bersedih, kasihan: mereka terasa ~, terasa sedih melihat budak itu; ~ kasihan belas dan kasihan;berbelas = ~ hati; berasa belas hati; ~ kasihan berasa belas dan kasihan: barangkali kerana kita berdekatan dan sama-sama senasib maka kita sama-sama ~ kasihan;membelaskan = ~ hati menyebabkan rasa belas: banyak cerita yg ~;pembelas (orang yg) mudah atau selalu berbelas hati: Jamilah sejak kecil merupakan seorang gadis yg ~ hingga ia tidak tergamak mengusir kucing pun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : kata pelengkap utk menyebut bilangan antara 11 hingga 19; se~ sepuluh dan satu; dua ~ sepuluh dan dua;belasan bilangan antara 11 hingga 19; pemuda-pemuda ~ tahun pemuda-pemuda yg berumur antara 11 hingga 19 tahun;berbelasan, berbelas-belas dlm jumlah antara 11 hingga 19: dlm suratnya ~ tahun yg telah lalu, disebutnya perkara ini;kesebelasan pasukan bola sepak dll (yg terdiri drpd 11 orang): pertandingan antara pasukan Polis dgn ~ Pulau Pinang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perasaan hati yg hiba atau sedih melihat orang lain menderita dsb: Kita hendaklah sentiasa menaruh ~ dan menolong orang-orang miskin. ~ kasihan rasa belas dan kasihan. berbelas, = ~ hati menaruh perasaan belas; berasa belas hati. membelaskan, = ~ hati menyebabkan atau mendatangkan rasa belas: Cerita serta pengalamannya yg pahit itu sungguh-sungguh ~ hati. pembelas (orang yg) mudah berasa belas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : pelengkap sebutan utk bilangan antara 11 dgn 19. berbelas-belas jumlahnya tidak tentu tetapi antara 11 dgn 19: ~ buah rumah telah dihanyutkan banjir besar malam tadi. belasan bilangan antara 11 dgn 19: pemuda ~ tahun. sebelas (jumlah atau bilangan) sepuluh dicampur satu; 11. kesebelas peringkat atau tingkat yg nombor sebelas. kesebelasan pasukan yg terdiri drpd sebelas orang, spt pasukan bola sepak: Dlm pertandingan itu, ~ Brazil berjaya menjadi johan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belas

Puisi
 

Dua belas gunung bertani,
     Tanam tebu terlupa tapak;
Jangan belas dagang kami,
     Mati kecil ibu tercampak.


Lihat selanjutnya...(27)
Peribahasa

Seperti lima belas dengan tengah dua puluh.

Bermaksud :

Sama saja.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
BaroqueBarok; Baroque;KesenianTiadaMuzik abad ketujuh belas dan kelapan belas.
violetvioletKesenianTiadaBiola akhir abad ke tujuh belas dan ke lapan belas. Sinonim dengan istilah viola d'amore.
lyraliraKesenianTiadaAlat tali yang digesek atau dipetik berasal dari Yunani pada abad ketiga belas hingga keenam belas.
twelve tone setset dua belas tonMuzikTiadaLihat deret dua belas ton.
pathosbelas hibaKesusasteraanPuisiUnsur yang berhubung dengan perasaan, terutama perasaan khalayak apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan. Unsur-unsur hibaan mungkin muncul pada seseorang pembaca apabila membaca sesebuah puisi yang mencitrakan imej-imej yang berhubungan dengan kekejaman, kezaliman, kemiskinan, kelaparan, keganasan, malapetaka, kematian dan sebagainya. Contohnya, puisi "Balada Orang-Orang Tercinta" dan puisi "Balada Terbunuhnya Atmo Karpo" karya W.S. Rendra. Sinonim patos.
pathospatosKesusasteraanPuisiLihat belas hiba.
retrograde inversionderet mundur balikanMuzikTiadaPic deret balikan yang dibaca dari arah belakang ke hadapan dalam muzik karya dua belas ton. Contoh deret mundur balikan gerakan pertama Symphony, Op. 21 oleh Anton Webern ialah D#, F#, F, E, G#, G, C#, D, Bb, B, C, A. Lihat juga deret dasar, deret balikan, matriks dua belas ton.
modulusmodulusKesenianTiadaIstilah lama untuk motet pada abad keenam belas.
patossentuh hibaKesusasteraanTiadaSifat karya sastera yang membangkitkan perasaan sayang, belas kasihan dan hiba. Karya sentuh hiba dianggap karya yang kurang baik dan membawa nada sentimental dan kesedihan apabila disampaikan secara keterlaluan. Contohnya, gambaran kematian Little Nell dalam karya Charles Dickens berjudul The Old Curiosity Shop. Sentuh hiba yang baik boleh dicapai apabila disampaikan secara halus, terkawal, dan tidak melampau. Contohnya, ucapan King Lear semasa baginda ditemukan dengan anaknya Cordelia: Pray, do not mock me, I an a very foolish fond old man Sentuh hiba berasal daripada perkataan Yunani patos yang bermaksud �penderitaan� atau �keghairahan�.
pathospatosKesusasteraanTiadaKeupayaan karya sastera yang dapat menimbulkan kesan emosi belas dan hiba.
123

Kembali ke atas