Baroque | Barok; Baroque; | Kesenian | Tiada | Muzik abad ketujuh belas dan kelapan belas. |
twelve tone set | set dua belas ton | Muzik | Tiada | Lihat deret dua belas ton. |
violet | violet | Kesenian | Tiada | Biola akhir abad ke tujuh belas dan ke lapan belas. Sinonim dengan istilah viola d'amore. |
lyra | lira | Kesenian | Tiada | Alat tali yang digesek atau dipetik berasal dari Yunani pada abad ketiga belas hingga keenam belas. |
pathos | belas hiba | Kesusasteraan | Puisi | Unsur yang berhubung dengan perasaan, terutama perasaan khalayak apabila sesebuah puisi itu dideklamasikan. Unsur-unsur hibaan mungkin muncul pada seseorang pembaca apabila membaca sesebuah puisi yang mencitrakan imej-imej yang berhubungan dengan kekejaman, kezaliman, kemiskinan, kelaparan, keganasan, malapetaka, kematian dan sebagainya. Contohnya, puisi "Balada Orang-Orang Tercinta" dan puisi "Balada Terbunuhnya Atmo Karpo" karya W.S. Rendra. Sinonim patos. |
pathos | patos | Kesusasteraan | Puisi | Lihat belas hiba. |
retrograde inversion | deret mundur balikan | Muzik | Tiada | Pic deret balikan yang dibaca dari arah belakang ke hadapan dalam muzik karya dua belas ton. Contoh deret mundur balikan gerakan pertama Symphony, Op. 21 oleh Anton Webern ialah D#, F#, F, E, G#, G, C#, D, Bb, B, C, A. Lihat juga deret dasar, deret balikan, matriks dua belas ton. |
modulus | modulus | Kesenian | Tiada | Istilah lama untuk motet pada abad keenam belas. |
patos | sentuh hiba | Kesusasteraan | Tiada | Sifat karya sastera yang membangkitkan perasaan sayang, belas kasihan dan hiba. Karya sentuh hiba dianggap karya yang kurang baik dan membawa nada sentimental dan kesedihan apabila disampaikan secara keterlaluan. Contohnya, gambaran kematian Little Nell dalam karya Charles Dickens berjudul The Old Curiosity Shop. Sentuh hiba yang baik boleh dicapai apabila disampaikan secara halus, terkawal, dan tidak melampau. Contohnya, ucapan King Lear semasa baginda ditemukan dengan anaknya Cordelia: Pray, do not mock me, I an a very foolish fond old man Sentuh hiba berasal daripada perkataan Yunani patos yang bermaksud �penderitaan� atau �keghairahan�. |
pathos | patos | Kesusasteraan | Tiada | Keupayaan karya sastera yang dapat menimbulkan kesan emosi belas dan hiba. |