Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lia] | بليا

Definisi : 1. muda; muda ~ sangat muda (muda remaja); 2. pemuda; 3. golongan muda secara keseluruhannya (baik lelaki mahupun wanita), pemuda dan pemudi: kelab ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lia] | بليا

Definisi : orang yg sudah akil baligh tetapi belum tua lagi; orang muda; pemuda atau pemudi: Persatuan Kelab ~ Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
youth offenderpesalah beliaKriminologiKeadilan JenayahPelaku jenayah yang dikelaskan sebagai belia mengikut undang-undang. Contohnya, undang-undang Malaysia mentakrifkan belia sebagai individu yang berumur antara 15 hingga 30 tahun.
youth violencekeganasan beliaKriminologiKeadilan JenayahKekerasan yang dilakukan oleh individu dalam lingkungan umur yang ditetapkan oleh undang-undang sebagai belia. Contohnya, undang-undang Malaysia mentakrifkan belia sebagai individu yang berumur antara 15 hingga 30 tahun.
youth movementpergerakan beliaSains PolitikPolitik PerbandinganPergerakan golongan muda yang melambangkan perubahan dan pembaharuan. Gerakan ini dianggotai oleh sekumpulan remaja sehingga orang dewasa dan tidak melibatkan golongan pemerintah. Gerakan ini boleh juga dilihat dalam bentuk gerakan bukan kerajaan (NGO) atau sebagai belia secara keseluruhan. Gerakan ini sentiasa sensitif dalam mengawasi perjalanan pemerintahan kerajaan dan boleh menjadi pemerhati kepada kerajaan. Contohnya, Gerakan Belia 4B, ABIM, GPMS dan Majlis Belia Malaysia.
youthquakegempa beliaSosiologiTiadaPerubahan budaya, politik atau sosial yang berlaku secara besar-besaran hasil daripada tindakan atau pengaruh orang muda.
youth outreach workerpekerja khidmat beliaSosiologiTiadaIndividu yang pekerjaannya menyediakan golongan muda yang latar belakang miskin dengan sokongan dan aktiviti sosial.
vested interestkepentingan diriSains PolitikPolitik PerbandinganKepentingan yang dimiliki oleh seseorang, ekoran daripada kedudukan istimewa orang lain yang menguntungkan belia. Keadaan yang memberi kelebihan ini biasanya bersifat kepentingan peribadi dan individu yang memiliki kepentingan tersebut dapat menikmati keuntungan selagi kedudukan kuasanya tidak berubah. lndividu ini akan berusaha untuk memelihara kedudukan sedemikian demi mengekalkan kepentingan dirinya. Contohnya, seorang menteri besar boleh mempengaruhi mesyuarat Exco kerajaan negeri bagi meluluskan penjualan tanah yang dipohon oleh anggota keluarganya kerana beliau juga memiliki kepentingan diri hasil daripada keputusan yang dibuat.
clerihewsyair ejekanKesusasteraanPuisiSyair yang mengandungi nada dan persoalan yang boleh menimbulkan kesan ejekan. Persoalan yang timbul dalam puisi ini menggambarkan tentang kehidupan tingkah laku yang tidak memberi faedah. Contohnya, syair "Pedoman Belia" karya Za'ba di bawah. Jangan biasakan meminta tolong, Ke sini tersembah ke sana terlolong, Ikhtiar sendiri bantut bergulung, Akhirnya kebolehan lenyap terlelong.
state's policydasar negaraSains PolitikPolitik PerbandinganDasar atau prinsip sebuah negara yang dipegang dan dijalankan untuk mencapai matlamatnya. Dasar ini digubal oleh dewan perundangan dan dilaksanakan oleh badan eksekutif untuk kepentingan negara dan orang ramai. Dasar sebuah negara terbahagi kepada tiga jenis iaitu, Dasar Sosial, Dasar Pembangunan dan Dasar Luar. Dasar Sosial meliputi dasar seperti Dasar Pendidikan, Dasar Belia dan Dasar Kebudayaan Kebangsaan. Dasar Pembangunan seperti Dasar Penswastaan Negara, Dasar Pembangunan Nasional dan Dasar Ekonomi Baru manakala Dasar Luar seperti Dasar Berkecuali. Dasar sesebuah negara juga boleh dipinda, diperbaharui atau dimansuhkan jika didapati tidak sesuai. Dalam sesebuah negara, rakyat diseru supaya bersama-sama pemerintah untuk memenuhi hasrat negara. Contoh dasar negara di Malaysia ialah Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Nasional, Dasar Sosial dan Dasar Penswastaan Negara.
social controlkawalan sosialPentadbiranTiadaMekanisma atau kaedah yang digunakan untuk mengawasi tingkah laku individu dan kumpulan individu bagi menjamin kemakmuran dalam masyarakat. Kawalan sosial dianggap sebagai pemangkin utama dari sudut penjagaan keamanan, keselamatan, keselesaan dan sebarang bentuk ancaman kepada masyarakat. Oleh itu, kekukuhan ekonomi, kestabilan politik, keseimbangan sosiobudaya, perpaduan kaum dan integrasi nasional mudah dicapai. Walau bagaimanapun, keberkesanan kawalan sosial di dalam sesebuah masyarakat banyak bergantung kepada tahap kesedaran yang tinggi, keakraban hubungan komuniti dan kerjasama yang wujud dalam masyarakat itu sendiri. Misalnya, peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kebajikan Kampung, RELA, Pertubuhan Belia dan sebagainya boleh dianggap sebagai mekanisma kawalan sosial yang penting untuk mencegah huru-hara dalam masyarakat.

Kembali ke atas