Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.li.a/] | بلياق

Definisi : ; membeliak, terbeliak terbuka besar-besar (mata), terbelalak: matanya terbeliak oleh sebab terlalu hairan;membeliakkan membuka (mata) besar-besar, membelalakkan: Salina menggertak budak itu dgn ~ matanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.li.a/] | بلياق

Definisi : ; membeliakkan membuka (mata) lebar-lebar atau luas-luas: Guru memarahi murid itu sambil ~ matanya. terbeliak terbuka luas-luas atau lebar-lebar (ttg mata): Matanya ~ kehairanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beliak

Puisi
 

Orang mengail di lubuk licin,
     Dapat ikan beliak mata;
Sudah terpandang dahi licin,
     Rasa nak putus urat mata.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
elongate ilishabeliak mataPerikananTiadaSejenis ikan pelagik daripada famili Clupeidae, spesies Ilisha elongata, iaitu badannya berwarna keperak-perakan dan langsing, bermata besar serta mempunyai bahagian rahang bawah yang muncung. Ikan ini hidup di kawasan pesisir pantai dan amat sesuai dijadikan umpan mati kerana warnanya yang berkilat berupaya menarik perhatian ikan pemangsa. Ikan ini boleh ditangkap menggunakan pukat tarik pantai atau pukat tunda. Nama lain bagi ikan ini ialah belalak dan puput bulan.

Kembali ke atas