Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.lim.bing] | بليمبيڠ

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok dan buahnya); jenis-jenisnya: ~ batu = ~ manis = ~ sayur = ~ segi, Averrhoa carambola; ~ besi = ~ buluh sj belimbing (buahnya kecil-kecil, masam rasanya dan biasanya digunakan dlm masakan), Averrhoa bilimbi dll; 2. bersanding-sanding (menurut panjangnya spt belimbing): awan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.lim.bing] | بليمبيڠ

Definisi : beberapa jenis pokok atau buahnya. ~ besi (manis, segi) sj belimbing yg bentuk buahnya bersegi-segi, Averrhoa carambola. ~ buluh (sayur) sj belimbing yg buahnya digunakan dlm masakan, Averrhoa bilimbi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belimbing

Puisi
 

Tetak belimbing condong ke dapur,
     Tetak tunjang dari dahan;
Minta sirih dengannya kapur,
     Minta sekali dengan tuan-tuan.


Lihat selanjutnya...(25)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
antiscrofulousantiskrofulaHerbaPemiawaianSifat agen yang mencegah atau melegakan skrofula seperti tuberkulosis atau bengkakan pada leher. Contohnya, ekstrak bunga belimbing buluh (Averrhoa bilimbi) atau daun pegaga (Centella asiatica) yang bersifat antiskrofula.

Kembali ke atas