Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.li.tan] | بليتن

Definisi : hasil drpd membelit (melilit), lilitan, lingkaran: membuka ~ tali pd tiang itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belitan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
starting windingbelitan mulaTeknikElektrikBelitan pada motor arus ulang-alik fasa pisah. Belitan ini berada 90 darjah elektrik dari belitan utama (belitan larian). Belitan mula digunakan untuk memperoleh pemisahan fasa arus dan seterusnya menghasilkan fluks magnet berputar. Belitan ini mempunyai dawai yang halus dan bilangan belitan yang sedikit berbanding dengan belitan larian. Dengan itu rintangannya tinggi, regangannya rendah dan arusnya hampir sefasa dengan voltan bekalan.
series windingbelitan siriTeknikElektrik1. Belitan medan yang disambungkan sesiri dengan angker mesin (a.t.) siri dan majmuk. Bilangan belitan siri sedikit tetapi dawainya kasar. Belitan ini dapat meningkatkan kelajuan motor siri sehingga boleh membakar belitan belitan motor ketika dihidupkan tanpa beban. 2. Lihat belitan gelombang.
repeating coilgegelung mengulangKejuruteraanTiadaPengubah nisbah-uniti untuk memisahkan litar-litar telefon, dengan belitan-belitan terimbang ke bumi. Sinonim pengulang.
shunt windingbelitan pirauTeknikElektrikBelitan medan magnet yang disambung selari dengan angker mesin (a.t). Belitan jenis ini mempunyai bilangan belitan yang banyak, dengan dawainya yang halus. Belitan pirau digunakan dalam penjana untuk menghasilkan ujaan diri. Pada motor pula belitan pirau digunakan untuk mendapatkan laju tetap, sama ada berbeban atau tidak berbeban.
running windingbelitan larianTeknikElektrikBelitan di dalam motor aruhan fasa tunggal yang rintangannya lebih tinggi daripada belitan mula dan dipasang selari dengan belitan mula dan diletakkan pada bahagian bawah lubang alur pemegun.
transformerpengubahTeknikElektrikPeranti atau komponen yang digunakan untuk menaikkan atau menurunkan sama ada voltan atau arus ulang-alik. Pada frekuensi yang sama, peranti ini mempunyai dua set belitan atau lebih. Peranti ini mempunyai dua litar yang terpisah disebut litar belitan utama dan belitan sekunder; belitan utamanya akan disambungkan pada bekalan, manakala belitan sekunder merupakan bahagian keluaran untuk menaikkan atau menurunkan arus atau voltan bekalannya. Kedua-dua litar ini dirangkaikan dalam litar magnet yang dibina daripada teras yang berfungsi sebagai medium perubahan bentuk tenaga atau penghubung fluks dari litar utama ke litar sekunder.
ratio of a transformernisbah pengubahTeknikElektrikNisbah perhubungan antara bilangan belitan utama dengan belitan sekunder, misalnya 1:1 yang bererti belitan utama dan sekunder sama banyak.
compensating windingbelitan pemampasanTeknikElektrikbelitan yang dipasang dalam lubang alur di permukaan kutub utama dan disambung selari dengan angker. Arus yang mengalir dalam belitan ini bertentangan arah dengan arus angker. Belitan pemampasan digunakan untuk mengurangkan tindak balas angker pada motor elektrik.
compound generatorpenjana majmukTeknikElektrikPenjana arus terus yang mempunyai belitan siri dan belitan pirau. Dengan itu, voltan yang dijanakannya adalah mantap. Penjana ini mempunyai tiga ciri penjanaan mengikut cara sambungan belitan, iaitu secara rata/searas (sama ada berbeban atau tidak, voltannya tetap sama); secara lampau/lebih (voltan sewaktu berbeban lebih tinggi daripada tanpa beban), dan secara bawah/terendah (voltan beban penuh adalah kurang daripada voltan tanpa beban).
bendbelitanPerikananTiadaTeknik yang dilakukan untuk menyambung dua hujung tali, atau satu hujung tali dengan satu bahan lain seperti sauh atau besi berbentuk cincin. Terdapat pelbagai jenis teknik belitan yang digunakan untuk pelbagai tujuan yang berlainan. Contohnya, belitan nelayan digunakan untuk mengikat beban pada satu objek tetap, dan belitan bunga geti atau belitan geti berganda digunakan untuk menyambung seutas tali yang kecil dengan tali yang besar.
12345678910...

Kembali ke atas