[be.liung] | بليوڠ
Definisi : sj kapak yg matanya melintang (perkakas tukang kayu); bagai ~ dgn asahan prb sangat ikrab; bertemu ~ dgn ruyung prb kuat sama kuat (berani sama berani); hilang jasa ~, timbul jasa rimbas prb hilang jasa seseorang kerana orang lain; kilat ~ sudah di kaki, kilat pisau sudah ke tangan prb hujung kata atau kias perkataan itu dikenali oleh orang yg bijaksana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[be.liung] | بليوڠ
Definisi : sj alat yg matanya lebih kecil drpd mata kapak dan melintang letaknya (umumnya digunakan utk menarah atau utk menebang kayu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)