loss reserve | rizab kerugian | insurans | Tiada | Anggaran liabiliti tuntutan insurer yang telah berlaku tetapi belum dibayar sehingga tarikh penilaian tertentu. Biasanya kerugian tertanggung tetapi belum dilaporkan, kerugian patut dijelaskan tetapi belum dibayar dan amaun yang belum lagi dijelaskan juga dimasukkan. Tarif ini adalah seperti yang akan dilaporkan dalam penyata kewangan insurer. |
puberfonia | puberfonia | Sains Kesihatan | Tiada | Suara lelaki dewasa yang seperti suara kanak-kanak lelaki belum baligh, iaitu suara belum pecah. |
account receivable | akaun belum terima | Ekonomi | Tiada | Jumlah wang yang belum diterima oleh penjual daripada penjualan yang dibuat secara hutang. |
outstanding premium | premium belum lunas | insurans | Tiada | Premium yang perlu dibayar tetapi kutipan belum dibuat. |
losses incurred but not reported | kerugian tertanggung belum lapor | insurans | Tiada | Kerugian yang telah berlaku tetapi belum dilaporkan kepada insurer atau reinsurer. Pada akhir setiap tempoh kewangan, insurer patut menyediakan rizab untuk menampung kos kerugian sedemikian. |
account receivable insurance | insurans akaun belum terima | insurans | Tiada | Insurans terhadap kerugian yang berlaku apabila insured gagal mengutip akaun belum terima apabila rekod rosak atau hilang disebabkan oleh bencana yang dilindungi oleh polisi insurans. |
uncalled capital | modal belum panggil | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sebahagian daripada modal yang telah diterbitkan dan diuntukkan oleh syarikat kepada pemegang saham tetapi belum dibayar sepenuhnya. |
paid-up life insurance | insurans hayat berbayar | insurans | Tiada | Insurans hayat yang semua premiumnya telah dibayar tetapi manfaat insurans masih belum dibayar kerana polisi tersebut belum matang atau tidak berlaku kematian. |
science fiction | fiksyen sains | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen khayalan atau fantasi yang mengambil fakta sains, andaian atau hipotesis sebagai dasar cerita. Dalam fiksyen sains, prinsip asas sains yang mendasari alam semesta dipatuhi secara konsisten, walaupun sesetengah daripada fenomena sains yang dipaparkan masih belum ditemui atau belum wujud. Peraturan dan norma yang dipatuhi dalam dunia fantasi fiksyen sains adalah luas, dan tidak semestinya berpandukan pengalaman biasa. Namun, apa yang terjadi dalam penulisan fiksyen sains mestilah mengekalkan prinsip dasar sains. Contohnya, karya Robot karya Asimov dan A Space Odyssey oleh Arthur C, Clarke. Dalam sastera Melayu, contoh fiksyen sains ialah novel Dendam Siber oleh Ahmad Patria Abdullah. Lihat juga fiksyen, fiksyen antisains. |
unearned premium | premium tidak terperoleh | insurans | Tiada | Bahagian premium asal belum menjadi hak insurer dan sekiranya polisi dibatalkan, maka bahagian tersebut dikembalikan kepada empunya polisi. Contoh: dalam hal premium tahunan, selepas satu bulan tempoh premium terdapat 11/12 daripada premium tersebut yang masih belum terperoleh. |