premature infant | bayi pramatang | Perubatan | Tiada | Bayi yang dilahirkan selepas minggu ke-27, tetapi belum cukup bulan. Peluang untuk anak ini hidup tidaklah begitu baik dan bergantung pada berat tubuhnya semasa lahir. |
beneficiary | benefisiari | Undang-undang | Tiada | 1. Seseorang yang menerima sesuatu yang bernilai daripada seseorang yang meninggal, penerima amanah atau penerima polisi insurans.,2. Waris yang belum cukup umur, yang harta pusakanya dipegang oleh pemegang amanah, wasi, untuk faedah atau kepentingannya. |
premature birth | kelahiran pramatang | Perubatan | Tiada | Kelahiran bayi yang belum matang atau cukup bulan. |
unemployment benefit | bantuan penangguran | Ekonomi | Tiada | Bantuan kewangan yang diberi kepada penganggur sama ada yang belum pernah bekerja atau yang diberhentikan. Bantuan pengangguran ini merupakan satu bentuk bayaran pindahan. Tujuannya adalah untuk memastikan pendapatan pengangguran tidak berada di bawah paras cukup hidup. Sinonim pampasan pengangguran. |
emission control | kawalan pemancaran | Kejuruteraan | Kejuruteraan Mekanik | 1) Peraturan untuk mengurangkan kadar toksik, tahap pencemara atau kandungan bahan cemar dalam gas ekzos kenderaan berenjin dan kilang. Kawalan ini bertujuan untuk memastikan gas ekzos yang dikeluarkan tidak mencemarkan alam sekitar. Antara bahan toksik yang diukur ialah CO, CD2, NOx, SO2 dan CH. 2) Kawalan pencemaran alam sekitar akibat gas ekzos enjin dengan menggunakan peranti yang dipasang pada sistem ekzos. Dalam kereta terkini, sistem ini meliputi penukar bermangkin, set penderia dan penggerak serta unit pemprosesan data yang akan memantau dan mengubah suai situasi. Sebagai contoh, penukar bermangkin menggunakan pemangkin dan oksigen untuk membakar sebarang bahan api yang masih belum terbakar dan sesetengah bahan kimia lain yang keluar daripada enjin melalui ekzos. Penderia oksigen dalam aliran ekzos memastikan bahawa oksigen cukup untuk pemangkin bertindak balas dan mengubah suai campuran bahan api dan udara dalam kebuk pembakaran. |