need for security | keperluan keselamatan | Psikologi | Psikologi Umum | Keperluan individu untuk rasa dilindungi dan tanpa keraguan. Dalam teori heirarki keperluan Maslow, keperluan kepada keselamatan muncul selepas keperluan asas seperti makanan, minuman dan tidur dipenuhi. Selain keperluan biologi, manusia juga menginginkan keperluan terhadap tempat atau perlindungan yang boleh menjamin keselamatan mereka. Contohnya, keselamatan sesebuah negara tidak akan terjamin selagi keperluan asas untuk sebahagian besar rakyatnya masih belum tercapai. |