chenille | cenil | Perikanan | Tiada | Bahan daripada benang kapas, benang bulu kambing (wul), benang sutera atau rayon yang digunakan untuk membuat umpan tiruan menyerupai ulat bulu. Umpan tiruan daripada bahan-bahan ini boleh dihasilkan dalam pelbagai warna. |
benang pakan | benang pakan | Kesenian | Tiada | Benang tenun yang melintang dan dilalukan di antara benang lungsin dari kiri ke kanan atau sebaliknya dengan sama ada menggunakan torak, cuban atau tangan untuk menghasilkan kain tenun. |
filling | inti; isian; sarak; tampalan; tambakan; peninggian; pakan; pengisian | Kesenian | Tiada | 4.Pakan:Yam yang merentangi benang lungsin fabrik pada sudut tepat.,Bahan yang dicampurkan pada fabrik untuk menambah beratnya atau memenuhi ruang-ruang di antara benang-benang fabrik bagi perbaikan rupa bentuk.,Jahit renda untuk mengisi ruang. |
benang karat | benang karat | Kesenian | Tiada | Bahagian karat yang berupa benang asing yang diregangkan berpanca antara dua pasang anak geligin sebagai pemegang benang lungsin. |
cotton | benang kapas; kapas | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Benang kapas: Benang daripada kapas untuk menjahit atau menenun. |
menghubung | menghubung | Kesenian | Tiada | Proses menyambungkan benang lungsin atau benang pakan yang putus sebelum atau semasa ditenun atau menyambungkan benang lungsin baru pada baki benang lungsin yang diterima untuk mengelakkan mengulang proses kerja awal menenun seperti menyampak dan mengarat untuk meneruskan helaian yang lain. |
penghubungan | penghubungan | Kesenian | Tiada | Proses menyambungkan benang lungsin atau benang pakan yang putus sebelum atau semasa ditenun atau menyambungkan benang lungsin baru pada baki benang lungsin yang sudah ditenun untuk mengelakkan proses kerja awal menenun seperti menyampak atau mengarat untuk meneruskan helaian lain. |
benang lungsin | benang lungsin | Kesenian | Tiada | Benang tenun yang dipasang memanjang dari kepala kek ke hujung kek melalui jentera dan karat untuk menghasilkan kain tenun. Dalam tenun Iranun, lungsin dipasang pada saulayak yang kemudiannya digantung pada paguta. |
benang asing | benang asing | Kesenian | Tiada | Benang daripada nilon, guni, jerami dan lain-lain yang digunakan sebagai alat bantu menenun seperti membuat karat, mengikat butang, mengikat sumbi dan genu serta menjalin karat. |
benang butang | benang butang | Kesenian | Tiada | Simpulan benang asing yang menggantikan lidi songket sebagai tanda corak. |