Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benar;

Puisi
 

Kalau tuan memburu landak,
     Saya membeli batu berkati;
Kalau puan benar-benar hendak,
     Cuba-cuba meninggal laki.


Lihat selanjutnya...(34)
Peribahasa

Bulat segiling,
     pecak setapik.

Bermaksud :

Telah sepakat benar-benar. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pecak boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan, b. Pipih [= pecak] boleh dilayangkan, bulat boleh digulingkan). pecak = pipih.

 

Lihat selanjutnya...(57)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
anecdoteanekdotKesusasteraanTiadaNaratif ringkas tentang sesuatu perkara yang dianggap benar-benar berlaku dalam sejarah kehidupan seseorang tokoh. Anekdot biasanya wujud dalam penulisan biografi, esei, dan ucapan tertentu. Anekdot bertujuan untuk memperincikan perwatakan seseorang dan memberikan penekanan kepada sesuatu idea yang abstrak agar lebih konkrit dan mudah difahami. Tema dan plot sesuatu anekdot biasanya ringkas dan mudah. Kebanyakannya mengandungi mesej yang bersifat didaktik, ironi, dan sindiran. Ada kalanya anekdot penuh dengan kisah lucu dan menghiburkan hati pembaca. Dalam kesusasteraan Melayu, terdapat anekdot tentang tokoh sejarah tertentu dalam karya sastera bercorak sejarah. Contohnya dalam Sejarah Melayu terdapat anekdot tentang Tun Perak, Tun Mutahir, Tun Fatimah, sultan, pembesar, dan watak lain. Kisah �Tun Mai Ulat Bulu� belajar mengaji dengan Makhdum Sadar Jahan merupakan salah satu anekdot lucu yang menarik. Anekdot lucu juga boleh ditemui dalam cerita �Pak Kaduk� dan �Lebai Malang�.
legendlegendaKesusasteraanTiadaCerita yang memerikan secara berlebih-lebihan tokoh tertentu yang benar-benar wujud. Tokoh terdiri daripada ulama, wali, pemimpin, pahlawan atau wira yang popular. Legenda merupakan salah satu jenis sastera rakyat yang tersohor, dan sering kali dikaitkan dengan �tanda alam� di tempat berlakunya peristiwa penting yang diceritakan. Unsur luar biasa dan misteri menjadi ciri penting dalam legenda. Cerita legenda berlatarkan masa yang lebih hampir dengan cerita kontemporari, dengan latarnya sering dirujuk. Oleh itu, legenda merupakan satu-satunya genre cerita rakyat yang hidup dan terus dicipta. Legenda hampir sama dengan mitos, disampaikan dengan bahasa yang bersahaja, kadang-kadang bersifat stilistik dan formulaik, walaupun dicipta secara lisan. Namun sifat-sifat lisan tetap ada, contohnya unsur perulangan. Legenda boleh disampaikan oleh sesiapa sahaja dan tidak dihubungkan dengan sesuatu acara khas. Legenda berbentuk longgar, tidak memperlihatkan struktur atau plot yang tipikal dan hampir kesemuanya berbentuk prosa. Legenda ialah cerita yang dianggap benar oleh masyarakat kerana cerita ini sering dikaitkan dengan sistem kepercayaan setempat. Namun, legenda bersifat lebih profan berbanding mitos. Legenda yang popular ialah legenda keramat seperti �Keramat Lebai Kader�, �Kerama Kubur Panjang�, dan �Mahsuri�. Legenda tokoh diperlihatkan melalui cerita �Mat Salleh�, �Tok Janggut�, �Puteri Saadong�, dan legenda pendosa seperti �Si Tanggang� dan �Malim Kundang�.
simulated autobiographyautobiografi bersimulasiKesusasteraanTiadaRiwayat diri sendiri yang ditulis dalam bentuk naratif. Periwayat dikatakan benar-benar wujud dan hidup dalam dunia nyata, padahal dia hanya watak fiksyen. Walau bagaimanapun, pembaca akan mengetahui bahawa karya tersebut suatu fiksyen kerana nama pengarangnya berlainan dengan nama periwayat dalam karya tersebut. Contohnya, dalam novel David Capperfield oleh Charles Dickens, watak David ialah periwayat rekaan dalam novel tersebut, sementara Charles Dickens ialah pengarang sebenarnya.
simulated biographybiografi bersimulasiKesusasteraanTiadaRiwayat hidup yang ditulis oleh orang lain tentang seseorang yang benar-benar wujud atau hidup dalam dunia nyata, tetapi fakta dan maklumat tentangnya adalah rekaan semata-mata. Biografi bersimulasi kadangkala mempersendakan biografi tulen. Penulisan biografi ini agak mencabar terutamanya untuk memperoleh fakta dan maklumat yang tepat serta menyusun peristiwa yang terpisah-pisah agar mempunyai kaitan yang logik. Contohnya, novel bertajuk Edwin Mullhouse oleh Jeffrey Cartwright.
samplingpensampelanKimiaKimia AnalisisProses pengambilan sebahagian kecil daripada sampel pukal untuk analisis dengan suatu cara tertentu atau teratur, bertujuan supaya sampel itu benar-benar boleh mewakili bahan pukal asal.
art epicepik seniKesusasteraanTiadaNaratif yang mempunyai nilai konvensi dan estetik yang tinggi dan dihasilkan oleh pengarang yang terkenal dengan ketinggian mutu dan daya ciptanya, Naratif epik yang dihasilkan benar-benar memperlihatkan ketinggian nilai dari segi penciptaan karya serta diakui sebagai karya seni yang bermutu. Dari aspek isi, epik seni memaparkan unsur-unsur pemikiran, sejarah dan tamadun budaya sesuatu bangsa. Epik ini mampu menarik perhatian dan dibincangkan oleh segenap lapisan masyarakat termasuklah dalam kalangan intelektual. Dari aspek seni sastera, epik seni menampilkan ketinggian nilai daya cipta dan kehalusan pengucapan seni, khususnya dari segi penggunaan bahasa. Hal ini berbeza dengan epik rakyat yang lebih bersifat popular dan dicipta untuk tatapan khalayak atau rakyat biasa. Contoh epik seni dalam kesusasteraan Inggeris dapat dilihat dalam karya Milton berjudul Paradise Lost. Lihat juga epik rakyat, epik sastera.
self-fulfilling prophecyramalan sempurna kendiriKriminologiKeadilan JenayahJangkaan individu tentang sesuatu hal, peristiwa atau individu lain, yang tanpa disedari mempengaruhi kelakuan atau tindakan individu itu sehingga menyebabkan hal itu benar-benar berlaku seperti yang dijangkakan. Contohnya, seseorang yang dianggap akan menjadi penjenayah, akhirnya terjebak dalam aktiviti jenayah.
imagistimagisKesusasteraanPuisiPenyair-penyair yang bebas daripada sebarang ikatan dan kongkongan bentuk, idea dan kata-kata yang dipilih dengan teliti. Di samping itu penyair imagis ini juga biasanya mempersoalkan sesuatu isi secara langsung. Kata-kata yang dipilih dan diterapkan itu benar-benar berfungsi dalam konteks keseluruhan struktur puisinya.
valve clearance;kelegaan injapKejuruteraan AutomotifEnjinJarak di antara hujung batang injap dengan lengan angguk bagi enjin aci sesondol atas atau jumlah jarak kelegaan dalam rangkaian injap bagi enjin aci sesondol sisi ketika injap dalam keadaan tertutup. Jarak ini diperlukan untuk memastikan injap benar-benar tertutup dan membenarkan pengembangan komponen rangkaian injap akibat tindakan haba. Sinonim kelegaan tapet.
khabarkhabarKesusasteraanTiadaPembicaraan yang mengandungi kemungkinan benar atau dusta. Jika seseorang mengucapkan suatu ayat yang sempurna, kita dapat menilai bahawa ayat itu benar, maka dapatlah ditetapkan ayat tersebut sebagai kalam khabari. Ayat dikatakan benar jika maknanya sesuai dengan realiti, dan dikatakan dusta jika sebaliknya. Contohnya, ungkapan �ilmu itu memberikan manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh difahami dan diakui kebenarannya oleh umat manusia seluruhnya. Manakala ungkapan �kejahilan itu adalah suatu manfaat� adalah suatu kenyataan yang boleh ditolak kesahihannya. Oleh itu, sesuatu khabar boleh diketahui kebenaran dan kedustaannya dengan merujuk kepada kenyataan sebenar dan situasi fakta itu Dalam bahasa Arab, khabar bermaksud �berita�. Dari segi bahasa secara umumnya, khabar bermaksud �pemberitahuan atau pemakluman�. Lihat juga ilmu al-ma�ani.
12345

Kembali ke atas