Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,

Peribahasa

Harap hendak meraup,
     tidak boleh menggenggam.

Bermaksud :

Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
environmental adaptationpenyesuaian alam sekitarTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauPengubahsuaian ciri-ciri struktur, fisiologi atau tingkah laku setiap benda hidup secara individu atau kumpulan yang menjadikannya lebih sesuai dalam alam sekitar baharu, seterusnya meningkatkan peluang untuk bertahan hidup dan berjaya reproduktif. Proses ini berlaku secara perlahan dan tanpa disedari.
saprophytesaprofitKejururawatanTiadaMikroorganisma yang hidup di atas benda yang mati.
etiologyetiologiKesusasteraanTiadaKajian tentang sebab-musabab. Etiologi juga merupakan pengisahan singkat dalam bentuk prosa atau puisi yang menceritakan asal usul tempat, orang, binatang, benda atau sesuatu kejadian alam. Etiologi merupakan salah satu bentuk sastera awal yang hidup dalam tradisi sastera rakyat sesebuah masyarakat. Etiologi memerihalkan sejarah asal usul sesuatu perkara mengikut kepercayaan masyarakat setempat. Dalam konteks masyarakat silam, sering kali cerita asal usul dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda yang dipercayai berakar-umbi sejak turun-temurun. Cerita asal usul wujud dalam semua tradisi kesusasteraan di dunia. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur etiologi paling ketara ditemui dalam kisah pembukaan kampung, pemberian nama sungai, gunung dan sebagainya. Sebahagian daripada cerita tersebut dikaitkan pula dengan mitos sumpahan, �Sang Gedembai�. Contoh unsur etiologi yang berkaitan dengan kejadian alam dapat dibaca melalui kisah tentang kejadian guruh, gempa, kilat, hujan dan sebagainya. Kisah asal usul binatang pula ditemui dalam cerita-cerita binatang seperti Mengapakah Harimau Mempunyai Belang? Mengapakah Ular Sawa Hilang Bisanya? Dan Mengapakan Burung Puyuh Tidak Berekor? Dalam cerita legenda Raja Bersiung, terdapat beberapa buah tempat di negeri Kedah yang dikaitkan dengan Raja Bersiung.
coincidence of oppositespengaburan sempadanKesusasteraanTiadaSempadan yang dikaburkan dalam karya mitos, dongeng, fantasi, fiksyen sains dan sebagainya. Pengaburan berlaku terhadap unsur-unsur yang bertentangan dalam karya tersebut. Contohnya, sempadan antara makhluk yang bernyawa dengan benda yang tidak bernyawa, antara yang hidup dengan yang mati telah dikaburkan. Istilah ini digunakan oleh Carl Jung untuk merujuk kepada pengaburan sempadan seperti yang dinyatakan. Pengaburan sempadan boleh dilihat dalam novel berjudul Sumpah Tujuh Keturunan oleh gabriel Marquez dan Hujan Pagi oleh A. Samad Said.

Kembali ke atas