foreign matter | bendasing | Herba | Tiada | Sebarang bahan yang hadir dalam bahan herba selain yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba tersebut. Bendasing terdiri daripada bahagian atau spesies tumbuhan selain yang dinyatakan dalam spesifikasi monograf herba tersebut, tanah, pasir, batu, habuk, kulat, serangga, haiwan dan feses haiwan. Bendasing ditentukan dengan menabur sejumlah berat bahan herba dalam bentuk asal pada permukaan rata. Bendasing dikesan melalui penglihatan kasar atau bantuan kanta pembesar, diasing dan ditimbang. Nilai peratusan bendasing ditentukan daripada ungkapan 100a/b iaitu a ialah berat bendasing dan b ialah berat asal bahan herba. Nilai ini merupakan ukuran ketulenan dan menandakan kehadiran bahan pencemar atau pemalsu. Kebanyakan piawai mengehadkan kandungan bendasing dalam bahan mentah herba kurang daripada 2%w/w. Namun, bahan mentah herba mesti bebas daripada kulat, serangga atau cemaran haiwan. Pemeriksaan mikroskopi digunakan untuk mengesan kehadiran bendasing dalam serbuk bahan mentah herba. |
process related impurities | bendasing berkaitan proses | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Bahan asing yang muncul secara tidak sengaja ketika proses pembuatan produk. Kemunculan bahan ini berpunca daripada peralatan pemprosesan yang berkualiti rendah atau daripada sisa proses pembuatan sebelumnya. Bendasing berkaitan proses dikesan dalam sesuatu produk semasa ujian kualiti. Kandungan bendasing yang melebihi had piawai yang ditetapkan akan gagal dalam ujian kualiti atau keselamatan. |
impurities | bendasing | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketakselanjaran yang terdapat dalam bahan atau kimpalan. Bendasing ini berpunca daripada pencemaran semasa proses pengeluaran ataupun semasa proses kimpalan di kilang atau di lapangan. |
adulterant | bahan pemalsu | Herba | Tiada | Sebarang bahan kimia atau bendasing yang hadir dalam bahan mentah atau sediaan herba sama ada secara sengaja atau tidak yang dilakukan manusia. Terdapat pelbagai jenis bahan pemalsu, iaitu unsur tanah, bahagian atau spesies tumbuhan selain daripada yang dinyatakan dalam spesifikasi herba, bahagian atau spesies tumbuhan yang kurang berkualiti, bahan kimia, ubat sintetik dan sebagainya. Kehadiran bahan-bahan ini merendahkan nilai kualiti bahan mentah atau sediaan herba. Penggunaan bahan pemalsu dalam sediaan herba adalah salah di sisi undang-undang. Contohnya, sediaan herba afrodisiak ditambahkan bahan pemalsu ubat sintetik sildenafil. |
mixed crystal | hablur campuran | Kimia | Kimia Analisis | Hablur yang mempunyai bendasing di dalamnya akibat sepemendakan. Pembentukan hablur campuran ini menyebabkan ralat dalam analisis gravimetri. |
hazardous air pollutant | bahan cemar udara berbahaya | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Bendasing toksik yang wujud dalam atmosfera yang menjejaskan kesihatan biota akibat aktiviti manusia atau terjadi secara semula jadi. Contohnya, sebatian organik mudah meruap dan dioksin. |
purification system | sistem penulenan | Sains Nuklear | Kejuruteraan Reaktor | Pepasangan untuk membersihkan air dengan menyingkirkan bendasing yang terdapat di dalam air. |
defect | kecacatan | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketaksempurnaan yang berlaku pada bahan disebabkan kehadiran bendasing seperti keliangan, sanga dan retakan yang dapat dikesan melalui kaedah ujian tanpa musnah. Bahan ini tidak dapat diterima jika jenis, kedudukan, orientasi dan/atau saiz ketakselanjaran melebihi nilai had yang ditetapkan oleh kod, standard dan spesifikasi. Contohnya, kehadiran apa-apa juga retakan dalam kod ASME dan kehadiran sanga yang panjangnya melebihi 6 mm bagi kimpalan yang berketebalan 19 mm ke bawah, kecacatan tersebut tidak diterima. |
discontinuity | ketakselanjaran | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Ketaksempurnaan yang berlaku pada bahan disebabkan kehadiran bendasing seperti keliangan, sanga dan retakan yang dapat dikesan melalui kaedah ujian tanpa musnah. Ketakselanjaran dikatakan sebagai kecacatan apabila jenis, kedudukan, orientasi dan/atau saiz ketakselanjaran pada bahan tidak dapat diterima oleh kod, standard dan spesifikasi. |
flush | pancur | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Membersihkan salur sesuatu sistem menggunakan bahan tertentu untuk menanggalkan kotoran dan bendasing. |