Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; membentang tampak luas dan rata, menghampar: sesampai di puncak bukit tampak laut ~ di hadapan mereka; membentangi menghamparkan sesuatu di: jikalau Tun Perpatih Permuka Berjajar masuk menghadap, pd tempatnya duduk itu dibentangi permaidani; membentangkan 1. menghamparkan, membeberkan: ia melabuh sauhnya seraya ~ kajang utk berbaring-baring melepaskan jerihnya; Pak Kadok ~ layar dan mengemudikan perahunya; 2. memaparkan, menghuraikan, menerangkan: peringatan serupa itu kerap kali dibentangkan dan dipaparkan oleh Rosita kpd mereka itu; 3. menyampaikan sesuatu (kertas kerja dll): kertas kerja ini telah dibentangkan pd seminar Bahasa dlm Pendidikan ke-IV; terbentang terbuka luas, terhampar: sawah padi yg ~ luas; pembentangan 1. perbuatan membentangkan (menghamparkan, membeberkan), penghamparan, pembeberan; 2. perbuatan membentangkan (memaparkan, menghuraikan, menerangkan), pemaparan, penghuraian, penerangan;pembentang orang yg membentangkan sesuatu: ~ kertas kerja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; membentang luas dan rata, terbuka lapang: Sawah padi tampak ~ dr bukit ke bukit. membentangi 1 menutup dgn sesuatu yg dihamparkan; menghampari: Mereka telah ~ lantai masjid itu dgn permaidani hijau. 2 terletak dgn luas di; menghampari: Sawah yg luas ~ kawasan lembah itu. membentangkan 1 membuka sesuatu drpd gulungan atau lipatan luas-luas; menghamparkan: Sambil ~ tikar, ia menyilakan tetamu naik ke rumahnya. 2 memberikan penerangan atau pendapat ttg sesuatu; menghuraikan sesuatu dgn panjang lebar: Haji Ali telah ~ pendapatnya dgn panjang lebar dlm mesyuarat itu. Beliau ~ kertas kerja ttg cara menangani masalah disiplin di kalangan pelajar. terbentang kelihatan terbuka luas-luas; terhampar: Dr situ, mereka nampak tanah lapang putih berkilau-kilauan ~ ke arah kutub utara. pembentangan perbuatan atau hal membentangkan. pembentang orang yg membentangkan: ~ kertas kerja. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bentang I

Puisi
 

Bentang tikar tengah rumah,
     Hendak tabur biji lada;
Tabik encik orang di rumah,
     Saya main kurang bahasa.


Lihat selanjutnya...(9)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sloopbentangPerhutananTiadaTiada
log boatbentang balakPerhutananTiadaTiada
segment overlaybentang atas ruasKejuruteraanTiadaTiada
table (lay)bentangUndang-undangTiadaTiada
elaboratehurai; bentangSejarahTiadaPerbuatan menghuraikan sesuatu hal secara terperinci untuk memudahkan pemahaman.
open fabricbentang fabrikKesenianTiadaTeknik membentang fabrik untuk menyusun atur pola bagi mendapatkan corak yang dikehendaki. Biasanya digunakan dalam industri pakaian.
laying downbentangKejuruteraanTiadaProses pemindahan garis bentuk kapal ke atas lantai acuan lof untuk membuat templat.
dry layingbentang keringKesenianTiadaTiada
air layingbentang udaraKesenianTiadaTiada
cross layingbentang silangKesenianTiadaTiada
123

Kembali ke atas