benthos | bentos | Sains Marin | Tiada | Organisma yang hidup di bahagian bentik atau dasar laut, sama ada di permukaan, di dalam atau berhampiran dengan sedimen dasar. Organisma bentos merangkumi kedua-dua komponen flora dan fauna. Contohnya, fauna bentos seperti cacing poliketa, pelbagai spesies krustasia, pelbagai spesies moluska, serta spesies ikan dasar laut seperti ikan sebelah, ikan pari dan sebagainya. Contoh flora bentos pula seperti rumput laut, rumpai laut dan pelbagai jenis alga. |
benthic zone | zon bentik | Sains Marin | Tiada | Kawasan dasar laut yang bermula dari garis pantai, iaitu di kawasan air pasang surut sehingga kawasan laut dalam. Organisma yang mendiami persekitaran bentik dinamakan bentos. Lihat juga bentos. |
macrobenthos | makrobentos | Sains Marin | Tiada | Organisma bentik (bentos) yang bersaiz besar dan dapat dilihat dengan mata kasar. Dalam pengkelasan organisma bentik, terdapat makrobentos yang mempunyai saiz badan melebihi 500 mikrometer (kadangkala skala 1000 mikrometer digunakan). Banding meiobentos, mikrobentos. |
meiobentos | meiobentos | Sains Marin | Tiada | Organisma bentik (bentos) yang mempunyai saiz badan lebih besar daripada mikrobentos, tetapi lebih kecil daripada makrobentos. Dalam pengkelasan organisma bentik, meiobentos mempunyai julat saiz di antara 63-500 mikrometer (kadangkala skala 10-1000 mikrometer digunakan). Banding makrobentos, mikrobentos. |
endobenthos | endobentos | Sains Marin | Tiada | Organisma bentik (bentos) yang tinggal di dalam sedimen dasar laut, sama ada dengan membina tiub, menggali atau mengorek ke dalam sedimen. Contohnya, pelbagai spesies cacing poliketa dan kerang-kerangan. |
epibenthos | epibentos | Sains Marin | Tiada | Organisma bentik (bentos) yang hidup di bahagian permukaan sedimen dasar laut atau di kawasan antara muka sedimen-air. Epibentos biasanya melekat pada permukaan sedimen, batuan dasar atau cangkerang. Contohnya, rumpai laut, span, timun laut, teritip dan sebagainya. |
phytobenthos | fitobentos | Sains Marin | Tiada | Flora yang hidup di dasar laut. Lihat juga bentos. |
zoobenthos | zoobentos | Sains Marin | Tiada | Fauna yang mendiami sekitar kawasan bentik lautan. Lihat juga bentos. |
bioturbation | biokacauan | Sains Marin | Tiada | Gangguan terhadap lapisan sedimen yang disebabkan oleh aktiviti organisma hidup, terutamanya organisma penggerek dan penggali seperti cacing poliketa, timun laut dan ikan pari. Biokacauan melibatkan pergolakan dan percampuran lapisan- lapisan sedimen, yang seterusnya menyebabkan perubahan pada sifat sedimen seperti tekstur, keadaan pengudaraan, pengoksidaan, liang dan irigasi sedimen. Biokacauan penting kepada ekologi kawasan bentik kerana mewujudkan ruang (spatial) baharu yang boleh dikolonisasikan semula oleh berbagai-bagai spesies bentos. Selain itu, peningkatan pengudaraan dan irigasi sedimen membolehkan organisma bentos meneroka lebih jauh ke dalam sedimen. |
detritus | detritus | Sains Marin | Tiada | Bahan berupa sampah atau serpihan seperti kerikil, pasir, lumpur dan bahan lain yang dihasilkan oleh hakisan atau melalui proses pereputan yang memasuki sistem akuatik. Jika bahan-bahan tersebut berasal daripada pereputan bahan organik, disebut sebagai detritus organik. Detritus organik biasanya termasuk badan atau serpihan organisma yang mati serta bahan kumuh termasuk najis. Detritus organik biasanya dikolonisasikan oleh komuniti mikroorganisma yang bertindak sebagai pengurai. Detritus merupakan sumber nutrisi bagi berbagai-bagai organisma, terutamanya dalam sistem perairan cetek dan terlindung. Banyak organisma bentik (bentos) yang bergantung kepada detritus sebagai sumber makanan dan dikategorikan sebagai pemakan detritus. |