Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.nua] | بنوا

Definisi : 1. daratan yg sangat luas (Asia, Eropah, Amerika, Afrika, dan Australia): ~ Eropah; 2. negeri, tanah: ~ China; ~ Arab; spt burung gagak pulang ke ~ prb orang pulang merantau jauh yg tidak bertambah pengetahuannya; kebenuaan bersifat benua: iklim ~ terlalu panas dan terlalu sejuk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.nua] | بنوا

Definisi : 1 tanah atau daratan yg luas di dunia ini spt Asia, Afrika, Amerika, Australia dan Eropah. 2 tanah yg luas; negara yg besar: ~ China. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benua

Puisi
 

Empat puluh kapal Peringgi,
     Kapal nak masuk benua China;
Teguh-teguh berpegang janji,
     Saya nak masuk bergadai nyawa.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
continental marginpinggir benuaSains MarinTiadaZon dasar lautan yang menjadi perantaraan di antara benua (daratan) dan dasar lembangan lautan atau dari pinggir pantai hingga ke sempadan laut dalam. Pinggir benua terdiri daripada pelantar benua, cerun benua dan cangkat benua.
epicontinental sealaut epibenuaSains MarinTiadaLaut cetek merangkumi kawasan tengah benua yang terbentuk semasa peningkatan aras air laut kesan daripada pergerakan plat benua. Pada zaman moden kini, benua mempunyai paras laut yang tinggi dan rendah. Contoh laut epibenua ialah Teluk Hudson. Sinonim laut pedalaman.
insular shelfpentas pulauanSains MarinTiadaKawasan lantai lautan yang sama seperti pentas benua yang mengelilingi suatu pulau sehingga kedalaman 600 kaki. Kawasan ini merupakan suatu jasad daratan yang berada di bawah air yang menganjur dari dataran benua menyebabkan pembentukan kawasan air cetek. Kebanyakan pentas kepulauan ini terdedah sewaktu era glasier dan antara glasier.
geoidgeoidSains MarinTiadaBentuk bumi yang dianggap sebagai min permukaan aras laut yang diunjur berterusan merentasi benua atau sebagai sebuah permukaan tak selanjar yang lebih rendah daripada permukaan sferoid di bawah lautan, tetapi lebih tinggi di bawah benua. Geoid juga dipengaruhi oleh graviti dan putaran bumi, dan juga faktor lain seperti angin dan pasang surut.
pangeapangeaSains MarinTiadaGabungan benua yang wujud semasa akhir era paleozoik dan awal era mesozoik, iaitu sekitar 335 juta tahun yang lampau dan mula berpisah sekitar 175 juta tahun dahulu.
plateplatSains MarinTiadaKepingan yang terdiri daripada kerak benua dan juga lautan yang terdapat di dalam bahagian litosfera bumi.
shelfpentasSains MarinTiadaUmumnya merujuk unjuran lapisan batuan dan khususnya ialah pentas benua. Sinonim pelentar.
island arclengkok kepulauanSains MarinTiadaRantaian kepulauan yang terbentuk daripada lantai laut dalam dan hampir dengan benua yang terdiri daripada rangkaian gunung berapi. Pembentukannya berpunca daripada pergerakan plat tektonik. Kebanyakan lengkok kepulauan ini terhasil sebagai satu plat tektonik lautan yang menjurus ke dalam antara satu sama lain yang dapat menghasilkan magma pada kedalaman di bawah plat yang bertindih. Contoh muka bumi ini banyak terdapat di kepulauan Kurel (Russia) dan kepulauan Jepun.
accretionary ridgepermatang akretanSains MarinTiadaSedimen dan serpihan batu yang telah terkumpul apabila plat lautan turun memenuhi plat utama (lautan atau benua) di zon subduksi. Sedimen atau serpihan batu di permatang ini kebanyakannya sedimen marin dikikis dari plat lautan yang menurun.
ocean floordasar lautanSains MarinTiadaKawasan keseluruhan dasar laut di bawah aras air surut dan terbahagi kepada dua, iaitu lembangan lautan dan pinggir benua. Dasar lautan juga merujuk keseluruhan dasar laut di bawah tikas air surut. Kebanyakan lautan mempunyai ciri-ciri struktur yang umum yang dihasilkan oleh fenomena fizikal yang kebanyakannya hasil pergerakan tektonik dan sedimen daripada pelbagai sumber.
123

Kembali ke atas