internal gearing | penggearan dalam | Mekanik | Gunaan | Proses pemacuan gear dengan keadaan satu roda gear berada di sebelah dalam roda yang satu lagi, iaitu gigi salah satu daripada gear berkenaan berada di sebelah dalam roda gear itu. roda yang lebih besar, iaitu yang giginya berada di sebelah dalam, dinamai roda anulus dan roda yang kecil dinamai pinion. Penggearan dalam menghasilkan putara roda pengikut yang sama halanya dengan hala putaran roda pemacu. |
stratosphere | stratosfera | Aeroangkasa | Tiada | Kawasan atmosfera yang berada di antara tropopaus dengan stratopaus.,Kawasan atmosfera yang berada di antara tropopaus dengan stratopaus. |
superior ovary | ovari superior | Botani | Tiada | Ovari yang berada di atas pudung dengan bahagian stamen, sepel dan petal berada di pangkalnya. Lihat juga hipoginus. |
genus | genus | Herba | Botani dan Bioteknologi | Kumpulan tumbuhan yang mempunyai perkaitan yang rapat. Mengikut pengelasan taksonomi, genus berada di kedudukan lebih atas dari spesies dan berada di kedudukan bawah famili sesuatu tumbuhan. Genus merupakan perkataan pertama bagi nama spesies dalam sistem nama saintifik organisma. Contohnya, Carica ialah nama genus bagi spesies Carica papaya (betik) dalam famili Caricaceae. Perkataan ini ditulis secara italik dan huruf pertama menggunakan huruf besar. |
electric energy | tenaga elektrik | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | 1. Tenaga yang dipunyai oleh arus elektrik apabila berada di dalam medan eletkrik. 2. Tenaga arus elektrik apabila berada di dalam medan magnet. |
bookstall | gerai buku | Perpustakaan | Tiada | Ruang kecil, sama ada sementara atau kekal, untuk menjual buku, yang biasanya hanya membenarkan pembeli berada di bahagian luar, sementara penjual berada di bahagian dalam. |
relative chronology | kronologi relatif | Arkeologi | Data Arkeologi dan Teknik Arkeologi | Kaedah untuk menentukan kedudukan susunan artifak berdasarkan stratigrafi tanah. Secara umumnya, artifak yang berada di stratigrafi paling bawah lebih tua berbanding artifak yang berada di lapisan atas. Kedudukan susunan dapat dilihat dengan memberikan nombor secara urutan seperti 1,2,3 dan seterusnya bermula dari lapisan bawah ke atas untuk melihat susunan kronologinya. |
moon illusion | ilusi bulan | Psikologi | Psikologi Umum | Ilusi yang membuatkan individu melihat bulan yang berada di ufuk lebih besar daripada di tengah langit. Ketika bulan berada di tengah langit. Contohnya, dua biji belon yang sama saiznya diletakkan pada jarak berbeza. Belon yang jauh terpaksa dibesarkan sehingga imejnya sama saiz dengan belon yang dekat. Individu menyedari bahawa kedua-duanya sama saiz apabila berdekatan. Hal ini bermakna tanda saran kedalaman telah membuatkan saiz bulan yang sama kelihatan berbeza keranaufuk, objek-objek seperti bangunan, pokok, gunung-ganang yang jelas pada kedudukan dekat dan berbalam-balam pada kedudukan jauh akan menjadikan bulan lebih jauh daripada ketika berada di tengah langit. Oleh itu, bulan yang sama saiz tanpa mengira jaraknya, akan dipersepsikan lebih besar semasa di ufuk daripada di bulan di ufuk seharusnya dilihat sama saiznya. Oleh sebab itu, bulan seharusnya kelihatan lebih kecil. |
deja vu experience | pengalaman deja vu | Psikologi | Psikologi Umum | Pengalaman yang pernah dialami berkaitan dengan sesuatu kejadian. Contohnya, apabila seseorang berada di suatu tempat tertentu, perkara yang dilihat dan dirasa begitu serupa dengan apa yang pernah dialami sehingga boleh berasa bahawa dia pernah berada di tempat itu. Mengikut sesetengah pendapat, perkara yang dilihat itu mungkin pernah dilihat menerusi gambar atau filem tetapi tempat atau masanya tidak dapat diingati lagi. Bagi ahli psikologi fisiologi, perasaan ini dikaitkan dengan seseorang yang mengalami kerosakan pada korteks atau lobus temporalnya. |
contact time distribution model | model agihan masa sentuh | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Model lapisan terbendalir bergelembung yang berdasarkan model agihan masa mastautin yang diubahsuai, dengan gas yang berhalaju tinggi berada di dalam fasa gelembung dan gas yang berhalaju rendah berada di dalam fasa emulsi. Oleh itu, pemalar kadar berkesan bergantung pada jumlah masa mastautin gas dalam lapisan. |