Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.dap.ta.si]/[ber.a.dap.ta.si] | برادڤتاسي

Definisi : membuat penyesuaian: struktur biologi yg berbeza itu ~ secara fungsiannya dgn jenis-jenis persekitaran yg berbeza; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.dap.ta.si]/[ber.a.dap.ta.si] | برادڤتاسي

Definisi : menyesuaikan diri dgn keadaan atau dgn sesuatu yg baru: Manusia mudah ~ dgn persekitarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beradaptasi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
climbing fibergentian memanjatSains SukanBiomekanikGentian khusus dalam serebelum yang berfungsi untuk membolehkan sistem motor biologi beradaptasi dengan rangsangan sensori baharu bagi membolehkan proses pembelajaran motor.
Emergency Remote Teaching (ERT)Pengajaran Berjarak KecemasanPendidikanTiadaKaedah pengajaran di dalam kelas yang dipindahkan ke medium dalam talian dengan mengalihkan modul pembelajaran secara fizikal untuk beradaptasi secara maya. Kaedah ini dilaksanakan dalam tempoh masa yang suntuk disebabkan berlakunya kecemasan seperti penularan wabak, peperangan dan sebagainya yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran.
tidal marshrawang pasang surutSains MarinTiadaRawa yang mempunyai jumlah kandungan air yang selalu berubah-ubah disebabkan oleh pengaruh pasang surut air laut. Air selalu berganti dalam beberapa waktu mengakibatkan keadaan air menjadi tidak terlalu masin sehingga beberapa spesies fauna dan flora mampu beradaptasi dalam lingkungan ini.

Kembali ke atas