pantheism | panteisme | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi tema dan persoalan tentang ketuhanan dan kepercayaan bagi yang bukan beragama Islam. Dalam puisi yang beraliran panteisme, biasanya penyair akan mengungkapkan ajaran-ajaran atau dakwah bahawa Tuhan mereka itu boleh disamakan dengan kekuatan dan hukum alam semesta. |
sacred time | zaman suci | Kesusasteraan | Tiada | Zaman magis yang suci dalam peristiwa mitos. Zaman suci boleh juga dianggap zaman awal kewujudan alam semesta. Dalam masyarakat beragama, kewujudan zaman suci dipercayai benar dan dianggap suci, tetapi merujuk kepada suatu dimensi realiti yang tidak dapat dipastikan secara saintifik. Kejadian dan pelaku pada zaman suci adalah luar biasa. Menurut para sarjana agama dan sastera, tokoh pada zaman suci bersifat paradigmatik. Justeru, mereka mampu menjadi model peristiwa dan tingkah laku yang baik untuk zaman sejarah. Mereka sangat dihargai kerana mempunyai sifat kesejagatan dan keabadian. |
civil liberties | kebebasan awam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kebebasan orang ramai dalam melakukan sesuatu tanpa melampaui batas perlembagaan. Kebebasan ini merupakan hak individu dalam sesebuah negara yang merdeka. Hak ini amat bernilai bagi memastikan sesebuah sistem politik itu berkembang dan berfungsi, khususnya dalam sistem politik demokrasi. Kebebasan awam merangkumi pelbagai bidang seperti kebebasan bersuara, beragama, mengeluarkan pendapat, bergerak, berorganisasi dan mendapat pengadilan yang saksama. Bagi sesetengah negara, kebebasan awam dinyatakan secara bertulis dalam perlembagaan namun terdapat juga negara yang tidak menyatakannya secara bertulis. Hak ini amat penting bagi melindungi rakyat daripada sebarang tindakan kekerasan atau tidak berperikemanusiaan oleh mana-mana golongan ataupun kerajaan. |
moro-moro | moro-moro | Kesusasteraan | Tiada | Drama rakyat Filipina yang mengandungi unsur opera dan komedi. Drama ini merupakan sebuah melodrama yang mengisahkan pertarungan antara orang Islam dengan orang Kristian. Ceritanya bertumpu pada kisah percintaan antara seorang putera dengan seorang puteri yang berlainan agama, iaitu seorang Islam dan seorang Kristian. Percintaan biasanya berakhir dengan perkahwinan, iaitu yang beragama Islam akan memeluk agama Kristian. Drama ini mengisahkan keupayaan mereka mengatasi rintangan sosial dan agama demi mencapai sesuatu hasrat. Pada asalnya, drama ini digunakan untuk tujuan dakwah bagi agama kristian. Kemudian, drama ini digunakan oleh pengarang Filipina sebagai suatu genre untuk merangsang semangat nasionalisme. |
polarization | polarisasi | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keadaan menjadikan suatu masyarakat atau masyarakat antarabangsa berpecah kepada dua pihak yang bertentangan semata-mata kerana sesuatu ideologi, isu atau sentimen ras. Proses pemecahan dua pihak ini berjalan secara perlahan kesan daripada perbezaan pendapat atau persepsi yang muncul secara jelas dalam sesuatu masyarakat. Masyarakat demokratik umpamanya boleh dipolarisasikan kepada kelompok yang menyokong pengekalan institusi raja atau yang menentangnya dan yang menyokong kebebasan beragama atau menentangnya. Manakala masyarakat plural pula boleh terbahagi kepada peribumi dengan bukan peribumi, kulit hitam dengan kulit putih dan masyarakat antarabangsa dahulu yang menyokong Amerika Syarikat dengan yang menyokong Soviet Union. |
civil rights | hak awam | Sains Politik | Politik Perbandingan | Hak yang dimiliki oleh setiap individu tanpa mengira kedudukan atau status yang dilindungi mengikut perlembagaan atau undang-undang. Hak awam terdiri daripada dua jenis iaitu hak asasi manusia dan hak politik. Hak asasi manusia seperti hak mendapat layanan adil daripada kerajaan, hak mendapat perlindungan undang-undang yang saksama, proses perbicaraan yang adil sama ada dari sudut layanan atau guaman. Hak awam ini menolak perbicaraan yang tidak adil termasuk hukuman yang berat sebelah, diskriminasi agama, etnik atau kelas, penangkapan yang tidak berasas dan juga keganasan pihak berkuasa. Hak politik pula merupakan teras kepada kebebasan dan kesejahteraan masyarakat. Hak asasi politik juga antara lain termasuk kebebasan bersuara dan beragama, membantah secara aman terhadap dasar kerajaan serta kebebasan menganggotai sesebuah organisasi atau kesatuan. |