Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.hi] | براهي

Definisi : 1. kasih (cinta) yg amat sangat: makin lama ia memandang gadis itu makin bertambah ~nya; 2. rasa suka akan seseorang (dgn bernafsu), ghairah: drpd matanya, jelas kelihatan perasaan ~nya terhadap wanita itu; 3. sangat suka: ~ berceloteh dan berleter; ~ mendengar bunyi-bunyian; memberahikan 1. mencintai dgn amat sangat, berahi akan: laksamana dlm negeri Majapahit diberahikan oleh perempuan; 2. membuat orang berahi (ghairah), mengghairahkan, menggiurkan: Minah pun muda juga dan masih ada daya penarik yg ~;keberahian perihal berahi, keghairahan;pemberahi orang yg mudah berahi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.hi] | براهي

Definisi : 1 perasaan cinta atau kasih yg amat sangat: Apabila melihat gadis yg cantik itu, maka timbullah ~ dlm hatinya. 2 sangat suka; sangat gemar: Ia sangat ~ mendengar muzik Melayu asli. memberahikan 1 menaruh rasa cinta atau berahi terhadap; mencintai seseorang dgn amat sangat: Banyak perempuan yg ~ Hang Tuah ketika ia di Majapahit. 2 mendatangkan rasa cinta yg amat sangat; membuat orang jatuh berahi: Senyumannya sungguh ~. keberahian rasa atau keadaan berahi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berahi

Puisi
 

Bunga pandan dalam serahi,
     Indera berarak ke Padang Temu;
Betapa tuan dendam berahi,
     Bila gerangan hendak bertemu.


Lihat selanjutnya...(10)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
heat detectionpengesanan berahiPenternakanGenetik dan PembiakbakaanLihat pengesanan estrus.
ErosErosKesusasteraanTiadaNama Dewa Percintaan bangsa Yunani purba. Bangsa Roman purba mengenalinya sebagai cupid. Dewa percintaan ini sering muncul dalam karya sastera klasik Eropah. Istilah Eros bersinonim dengan konsep nafsu cinta dan berahi. Dalam bidang psikiatri, istilah Eros merujuk kepada tahap keinginan seks seseorang.
oestrus detectionpengesanan estrusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKaedah pengesanan masa seksual pada haiwan betina. Pengesanan estrus dapat menentukan masa yang sesuai untuk pengawanan haiwan betina tersebut. Pengesanan estrus juga membolehkan kaedah pembiakan seperti permanian beradas (AI) dilakukan pada haiwan betina. Sinonim pengesanan berahi.
authorial intusioncelahan pengarangKesusasteraanTiadaAlat penceritaan yang membenarkan pengarang untuk memberhentikan cerita sejenak, keluar daripada cerita dan berbicara secara terus-menerus dengan pembaca. Tidak seperti watak dalam cerita yang dikisahkan, celahan pengarah merupakan suara orang yang tidak terlibat sama sekali dalam aksi cerita. Justeru, suara tersebut dapat memainkan peranan sebagai pembekal maklumat yang tidak diketahui oleh watak dalam cerita. Celahan pengarang tidak semestinya berbentuk percakapan intim seorang pengarang seperti yang terdapat dalam diari atau memoir. Celahan pengarang boleh juga dianggap sebagai pengarang tersirat apabila suara pengarang tidak ketara tetapi tetap diketahui dan difahami. Dalam perkembangan teknik penceritaan, celahan pengarang dipinggirkan untuk sekian waktu kerana dianggap terlalu menonjol, tidak halus, dan tidak berseni tinggi. Namun begitu, pada dekad 1970-an, celahan pengarang digunakan semula apabila bentuk cereka metafiksyen diperkenalkan, dan mula mendapat perhatian ramai. Dalam sastera Melyu moden, bentuk celahan pengarang dapat dilihat pada penggunaan �kalam�, �kertas� dan �dakwat� seperti dalam novel Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi. Contohnya, �llahu Akbar, di sini lemahlah kalam daripada melata di atas kertas yang bersih ini pada menggoreskan apa-apa yang berlaku di antara kedua asyik dan maksyuk ini di dalam peraduannya. Tetapi oleh sebab bersangatan kalam takutkan kemurkaan sekalian tuan-tuan pembaca yang dikasihi, terpaksalah juga kalam mendayu-dayu dan bergurindam dengan syair yang melipurkan sedikit asyik cinta berahi kalam yang berlamaan akan kertas yang saf ini�. Lihat juga metafiksyen, pengisah ketara.

Kembali ke atas