Council of Rulers | MajIis Raja-raja | Sains Politik | Politik Perbandingan | Majlis yang dibentuk untuk mengurus dan mengawal selia hal ehwal yang berkaitan dengan raja dan bidang kuasanya. Idea pembentukan majlis ini muncul seiring dengan kemunculan konsep raja berpelembagaan apabila mereka tidak lagi menjadi pemerintah yang bersifat mutlak. Dalam era pemerintahan moden, negara demokrasi yang mempunyai raja telah ditakrifkan sebagai raja berpelembagaan dan tidak lagi mempunyai kuasa eksekutif dalam hal ehwal pemerintahan negara. Namun untuk mengekal dan memelihara status monarki ini, dibentuk sebuah majlis yang dianggotai oleh raja-raja yang memerintah. Majlis ini berfungsi sebagai badan yang mengurus pelantikan seorang raja atau sultan sebagai ketua negara, peraturan khusus berhubung dengan perilaku raja atau sultan, pelantikan majlis atau mahkamah khas bagi raja yang melanggar kod etika dan sebagainya. Parlimen perlu memohon persetujuan majlis ini sebelum membuat sebarang pindaan terhadap perkara yang berkaitan dengan agama dan juga peruntukan khusus kepada raja. Contohnya, Majlis Raja-raja di Malaysia terdiri daripada sembilan orang sultan yang mewakili negeri beraja. |
princely state | negeri kecil beraja | Sains Politik | Politik Perbandingan | Wilayah yang berada di bawah naungan pemerintah berketurunan raja. Putera raja yang memerintah mendapat autonomi terutamanya dalam urusan undang-undang, bahasa, kabinet dan cuti awam manakala bidang lain yang penting tetap dipegang oleh kerajaan kolonial atau pemerintah pusat. Peranan putera raja ini lebih bersifat simbol tanpa mempunyai kuasa eksekutif. Negeri kecil beraja biasanya dikaitkan dengan wilayah diraja India semasa pemerintahan kolonial Inggeris dahulu. Di India semasa kemerdekaannya, terdapat 680 negeri seperti ini yang menghantar wakilnya ke dewan perundangan khas yang dinamakan Dewan Putera-Putera. Contoh negeri beraja ini ialah Hyderabad, Mysore dan Jammu-Kashmir. |
kingship | pemerintahan beraja | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan raja sebagai pemerintah yang berkuasa mutlak dalam sesebuah negara. Pemerintahan ini meletakkan raja sebagai sumber kuasa atau menguasai penggubalan undang-undang. Raja juga mengetuai pemerintahan atau badan kabinet dan memiliki sepenuh kuasa ke atas mahkamah atau badan yang mengadili undang-undang. Segala aspek pemerintahan seperti dasar ekonomi negara, perjalanan pentadbiran, kebebasan media, sistem pendidikan dan kewangan ditentukan oleh pihak istana. Penggantian kuasa dalam negara seperti ini melalui sistem keturunan atau warisan. Contohnya, negara Brunei Darussalam. |
princely capital | bandar beraja | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bandar yang menjadi ibu negeri atau pusat pentadbiran kepada negeri yang diperintah oleh keturunan raja. Bandar ini menjadi pusat pentadbiran, aktiviti ekonomi yang utama serta menjadi tumpuan imigran dari dalam atau luar bandar. Contohnya, bandar Hyderabad di India. Sinonim bandar berdaulat. |