‘aqid | pihak berakad | Perniagaan Islam | Tiada | Pihak yang berakad dalam urus niaga sama ada pihak berakad asal atau wakil. Contoh pihak berakad yang asal ialah pihak yang melaksanakan akad untuk dirinya, manakala wakil ialah pihak yang melaksanakan akad bagi pihak yang telah meninggal dunia. |
infisakh | terbubar | Perniagaan Islam | Tiada | Pembatalan akad yang terjadi antara dua pihak berakad disebabkan faktor luar jangkaan. Contohnya, pembubaran akad jual beli disebabkan barangan rosak sebelum diserahkan kepada pembeli atau pembubaran akad musyarakah, mudarabah, muzara‘ah dan musaqah dengan sebab kematian salah seorang daripada pihak berakad. |
non valid pawnbroking | gadaian tak sah | Ekonomi | Ekonomi Islam | Gadaian yang tidak memenuhi salah satu syarat yang diperlukan seperti syarat orang yang berakad, syarat sighah, syarat barang dan syarat hutang yang berkaitan. Contohnya, syarat orang yang berakad mestilah waras. Oleh itu, gadaian yang dibuat oleh orang yang tidak waras menyebabkan gadaian berkenaan menjadi tidak sah. Gadaian ini juga dikenali sebagai gadaian batil atau gadaian fasid. |
sharikah ‘aqd | perkongsian akad | Perniagaan Islam | Tiada | Persetujuan pihak berakad bagi menjalankan suatu perniagaan atau perusahaan. Agihan keuntungan atau tanggungan kerugian dibuat mengikut kadar modal perkongsian atau mengikut persetujuan bersama. |
khiyar | khiyar/pilihan | Perniagaan Islam | Tiada | Hak pemilihan pihak yang berakad untuk meneruskan akad atau sebaliknya. Khiyar bertujuan mengelakkan kerugian atau penyesalan yang disebabkan ketidakpuasan pembeli terhadap harga, produk dan sebagainya. |
khiyar majlis | khiyar majlis | Perniagaan Islam | Tiada | Hak pemilihan pihak berakad ketika berada di majlis akad. Sekiranya salah satu pihak menggugurkan hak pemilihan, maka pihak lain masih berhak membuat pilihan untuk meneruskan atau membubarkan akad selagi majlis akad belum tamat. |
khiyar fasakh | khiyar fasakh/khiyar pembubaran | Perniagaan Islam | Tiada | Hak pemilihan pihak berakad untuk membubarkan akad yang sah. Bagi pembeli, hak khiyar fasakh boleh disebabkan kerosakan, kecacatan atau tidak menepati spesifikasi barangan. Bagi penjual, hak khiyar fasakh boleh disebabkan keingkaran pembeli membuat pembayaran atau ketidakupayaan menyediakan produk. Akad yang tidak memenuhi rukun jual beli, seperti menjual barangan yang rosak atau terbukti wujudnya penipuan, maka tidak wujud khiyar fasakh kerana akad tersebut tidak sah dan terbatal. |
aqd tawthiq | akad bertulis | Perniagaan Islam | Tiada | Akad secara bertulis oleh dua pihak berakad sebagai bukti urusan akad. Contohnya, akad hutang yang dilakukan secara bertulis untuk menjamin pemiutang supaya mendapat bayaran balik hutang yang diberi kepada penghutang. Hampir keseluruhan akad semasa dibuat secara bertulis seperti akad kafalah, hiwalah dan gadaian. |
muqassah | muqasah | Perniagaan Islam | Tiada | Persetujuan pengguguran hutang oleh kedua-dua pihak yang berakad. Nilai muqasah hutang boleh meliputi nilai keseluruhan atau sebahagian. Contohnya, pihak A masih berhutang dengan pihak B sebanyak RM100,000 dan pihak B pula berbaki hutang dengan pihak A sebanyak RM80,000 dalam urus niaga yang lain. Dalam kes ini, kedua-dua pihak telah bersetuju untuk menggugurkan baki tuntutan hutang masing-masing. |
muqassah daruriyyah | muqasah darurat | Perniagaan Islam | Tiada | Pengguguran hutang oleh satu pihak yang berakad sekiranya memenuhi semua syarat tanpa persetujuan pihak lain. Nilai hutang yang kadarnya rendah akan gugur dengan sendiri. Contohnya, pihak A masih berhutang dengan pihak B sebanyak RM100,000 dan pihak B pula berbaki hutang dengan pihak A sebanyak RM80,000 dalam urus niaga yang lain. Pihak B menggugurkan tuntutan hutangnya sebanyak RM80,000 dan hanya menuntut baki hutang RM20,000 tanpa persetujuan pihak A. |