tincture | tinktur | Herba | Tiada | Cecair herba yang larut dalam alkohol atau larutan air beralkohol. Cecair ini dihasilkan melalui proses rendaman satu atau lebih bahan herba dalam alkohol atau larutan air beralkohol pada suhu bilik untuk suatu tempoh tertentu. Contohnya, tinktur ginseng. |
tincture | tinktur | Herba | Pemiawaian | Cecair herba yang larut dalam alkohol atau larutan air beralkohol. Cecair ini dihasilkan melalui proses rendaman satu atau lebih bahan herba dalam alkohol atau larutan air beralkohol pada suhu bilik dalam tempoh tertentu. Contohnya, tinktur minyak nilam (Pogostemon cablin). |
liniment | linimen | Herba | Tiada | Sediaan cecair, separa cecair atau separa pepejal untuk disapu pada kulit. Linimen mengandungi larutan beralkohol, minyak atau emulsi, yang disapu secara urutan atau dituam pada kulit untuk meredakan ketegangan dan kesakitan otot. Linimen tidak boleh digunakan pada luka terbuka. Contohnya, linimen minyak buah pala dan minyak cengkih. |