positivism | positivisme | Kesusasteraan | Tiada | Aliran falsafah yang beranggapan bahawa pengetahuan itu semata-mata berdasarkan pengalaman dan ilmu yang pasti. |
cognitive theory | teori kognitif | Sosiologi | Tiada | Teori yang beranggapan bahawa struktur-struktur merupakan hal yang dipelajari atau yang dibiasakan terlebih dahulu. |
mystic | mistik | Kesusasteraan | Tiada | Kepercayaan dan gagasan orang-orang yang beranggapan bahawa mereka memiliki institusi dan pengertian langsung tentang rahsia kehidupan di luar pemahaman manusia biasa. |
goods | barang | Ekonomi | Tiada | Benda yang ada permintaan dan dapat memberi faedah kepada pengguna. Bagaimanapun, ada juga ahli ekonomi yang beranggapan bahawa istilah barang mencakupi benda dan perkhidmatan. |
game-palying syndrome | sindrom main permainan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Tingkah laku psikologi pada pengguna hasad yang menyatakan bahawa pencerobohan sistem komputer tidak salah sekiranya sistem tersebut boleh diceroboh dengan mudah. Sindrom ini menyebabkan pengguna hasad beranggapan sekiranya terdapat cara untuk mencerobohi sistem atau menjalankan aktiviti yang boleh mengubah aset sistem, maka tindakan ini tidak menjadi kesalahan. Pengguna hasad beranggapan, sekiranya pemilik sistem berhasrat hendak menghalang pengguna daripada melakukan aktiviti tersebut, maka pemilik sistem berkenaan hendaklah memasang fungsi keselamatan yang sukar ditembusi. |
surrealism | surealisme | Kesusasteraan | Tiada | Pemikiran yang menentang segala kekangan yang dihadipi oleh seseorang pengarang dalam usaha untuk mencapai kebebasan berkreatif. Kekangan termasuklah tuntutan urutan logik, nilai moral, adat, norma, sosial dan perancangan dan matlamat berkarya. Pemikiran ini juga beranggapan bahawa �minda dalam� seseorang pengarang adalah punca pengetahuan dan lukisan asli. Justeru, untuk memastikan �minda dalam� itu dapat beroperasi tanpa gangguan, pengamal surealisme bergantung pada penulisan yang bersifat automatik, iaitu penulisan yang dihasilkan atas desakan bawah sedar sepenuhnya yang mengeksploitasi bahan mimpi, keadaan minda yang berada pada tahap antara lelap dengan jaga, igauan atau halusinasi semula jadi atau sebaliknya. Dalam bidang sastera, unsur pemikiran surealisme ini dapat dilihat pada karya prosa dan lirik penulis moden yang telah lari dari kaedah organisasi artistik yang konvensional. Unsur sureliasme juga tertumpu pada eksperimentasi dengan asosiasi bebas, sintaksis bebas, orde yang tidak logik, da |
insanity defense | pembelaan tak siuman | Psikologi | Psikologi Umum | Pengakuan yang sah dari segi undang-undang bahawa seseorang itu tidak dapat membezakan antara perkara yang salah dengan yang tidak salah semasa melakukan jenayah. Individu yang melakukan jenayah ini biasanya mengalami gangguan mental atau kecelaruan psikologi. Di Amerika Syarikat, pembunuhan yang dilakukan oleh orang yang tidak siuman dianggap sebagai tidak bersalah. Walau bagaimanapun, tidak semua orang yang mengalami masalah psikologi boleh dianggap sebagai tidak siuman. Individu yang mempunyai gangguan delusi yang teruk sahaja boleh dimasukkan dalam kategori tidak siuman. Namun, tidak banyak kes perbicaraan yang melibatkan pembelaan tak siuman. Berdasarkan kajian Phillips, Wolf dan Coons (1988), walaupun khalayak beranggapan kes pembelaan tak siuman ini banyak berlaku dalam kes mahkamah sehingga 37% tetapi data yang dapat dikumpulkan tidak lebih daripada 1%. |