chain rhyme | rima berangkai | Kesusasteraan | Tiada | Rima yang berulang-ulang dalam puisi terutamanya pada baris ayat atau stanzanya. Biasanya perkataan akhir bagi suatu baris ayat atau stanza akan berulangan dalam ayat atau stanza yang baharu. Pengulangan ini akan melahirkan suatu makna yang baharu. Hal ini menjadikan seluruh ayat atau stanza saling berkait, berangkai, dan mempunyai pertautan makna antara satu sama lain. Dalam kesusasteraan Melayu, contoh rima berangkai ditemui dalam pantun berkait. Pantun berkait memperlihatkan hubungan berkait antara satu rangkap dengan rangkap yang lain. Pantun berkait biasanya terdiri daripada empat baris serangkap. Perkaitan berlaku dengan cara mengulangi baris kedua rangkap pertama pada baris pertama rangkap kedua. Seterusnya, mengulangi baris keempat rangkap pertama pada baris ketiga rangkap kedua. Perkara tersebut berlaku berulang-ulang dalam rangkap pantun yang kemudiannya. Contoh pantun berkait adalah seperti yang berikut: Teluk Lipat airnya biru, Tempat orang mencuci muka; Tuan dapat kasih baharu, Benci tuan kepada saya. Tempat orang mencuci muka, Bukit roboh Kuala Kemidi; Benci tuan kepada saya, Saya hodoh tiada budi. |
crosslinked polymer | polimer berangkai silang | Fizik | Nanoteknologi | Bahan polimer yang mengandungi rantaian yang bertaut dengan rantai polimer yang sama pada tempat yang berlainan atau dengan rantai polimer yang berlainan menerusi ikatan kovalens. Polimer ini dapat membentuk sangkar untuk mengurung nanozarah bagi tujuan tertentu seperti perubatan. |
link house | rumah berangkai | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
X-linked | X-berangkai | Kejururawatan | Tiada | Sifat genetik yang dipindahkan oleh gen ke atas kromosom-X |
chain link fence | pagar dawai berangkai | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
chain link fence | pagar dawai berangkai | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |
chain rhyme | rima berkait | Kesusasteraan | Tiada | Lihat rima berangkai. |
panlun berkait | panlun berkait | Kesusasteraan | Puisi | Pantun yang berangkai atau sambung-menyambung antara rangkap di atas dengan rangkap-rangkap di bawahnya, jumlahnya tiada dihadkan. Penyambungan ini dilakukan dengan mengambil baris kedua dan keempat rangkap sebelurnnya, kemudian diletakkan sebagai baris pertarna dan ketiga pada rangkap yang baharu itu. Umpamanya kalau rangkap yang hendak dibentuk itu rangkap ketiga, baris kedua dan juga keempat yang diarnbil itu ialah pada rangkap kedua. Contohnya, Lantai balai berbelah-belah, Buat dinding raja beradu; Sudah didengar perintah Allah, Anak dibuat seperti madu. Buat dinding raja beradu, Dari gerisek ke Surabaya; Anak dibuat seperti madu, Sudah nasib tubuhnya saya |
chandelier | candelier | Kesenian | Hiasan Dalaman | Lampu hiasan yang tergantung di siling, yang terdiri daripada lampu yang berangkai. Candelier terawal menggunakan lilin dan diletakkan di ruang persidangan pada zaman pertengahan. Candelier ini diperbuat daripada kayu bersilang dan berpancang bagi melekatkan lilin dan digantung menggunakan tali atau rantai. Pada abad ke-15, bentuk candelier yang lebih kompleks telah digunakan di istana, rumah orang bangsawan, rumah paderi dan rumah saudagar. |
rhapsody | rapsodi | Kesusasteraan | Tiada | Puisi epik zaman Yunani yang dideklamasikan oleh seorang barda (penglipur lara). Puisi ini terdiri daripada bahan-bahan yang diambil daripada tradisi dan sebahagiannya diimprovisasikan. Kini rapsodi merujuk kepada karya yang mengambil petikan daripada tulisan lain dan menyusunnya kembali dalam suatu struktur yang longgar. Rapsodi juga merujuk kepada karya sastera yang ditulis menggunakan gaya bahasa yang sangat menggembirakan atau penuh perasaan. Rapsodi berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud �lagu berangkai�. |