emblematic | nama lambang | Kesusasteraan | Tiada | Nama yang diberikan kepada watak dalam sesebuah cereka. Nama ini sebenarnya menepati dan memperlihatkan sifat-sifat sebenar watak tersebut. Melalui nama lambang, pembaca dapat mengetahui ciri-ciri seseorang watak, sama ada tegas, berani, bengis, gagah, cantik, penakut, pemalas dan sebagainya. Dengan kata lain, nama lambang memaparkan ciri-ciri peribadi sebenar watak. Ciri-ciri ini tergambar melalui sifat fizikal dan spiritual watak yang dilukiskan oleh pengarang dalam karyanya. Unsur nama lambang banyak terdapat dalam karya Melayu tradisional, khususnya melalui nama putera dan puteri raja Melayu yang memainkan watak hero atau heroin. Hal ini sama tergambar dalam nama puteri-puteri Melayu yang dilukiskan dengan begitu indah demi menggambarkan kecantikan dan kejelitaan mereka. Contohnya, nama Pak Pandir ialah perlambangan watak yang bodoh sementara Lebai Malang pula menggambarkan watak yang sentiasa dirundung malang. |
exemplum | cerita moral | Kesusasteraan | Tiada | Cerita pendek tentang sesuatu watak atau peristiwa yang mengandungi pengajaran moral yang lebih umum. Cerita moral biasanya mudah difahami dan menampilkan kisah atau perbuatan seseorang tokoh atau kejadian sesuatu peristiwa. Cerita moral membawa unsur nasihat dan pengajaran seperti nilai baik, pemurah, berani, sabar dan rajin. Contohnya, seorang pencerita ingin menyampaikan tema umum tentang cerita �Orang Tamak Selalu Rugi�. Tema cerita akan dihuraikan dengan beberapa contoh cerita yang berkaitan dengan kisah orang yang rugi akibat bersifat tamak. Ada juga kisah yang bersifat negatif seperti perbuatan jahat, kedekut, penakut, pemarah dan zalim. Kisah negatif dijadikan perbandingan dengan ciri-ciri perbuatan positif seperti sifat baik dan mulia. Dari segi sejarah di Eropah, cerita moral berasal daripada cerita nasihat yang terdapat dalam syarahan agama yang diberikan oleh paderi di gereja yang wujud pada akhir abad pertengahan. Contoh koleksi cerita moral yang terkenal ialah Teh Nun�s Priest�s Tale oleh Chaucer. Cerita moral banyak terdapat dalam khazanah kesusasteraan Melayu tradisional, khususnya dalam karya kitab agama Islam. Pengarang kitab zaman silam sering menghuraikan sesuatu perkara yang berkaitan dengan nilai moral manusia dengan selingan cerita nasihat bersumberkan pelbagai kitab Arab, khususnya yang berkaitan dengan kehidupan para nabi, ulama, raja dan orang alim. Cerita moral juga menjadi bahan penceritaan yang penting dalam sastera kanak-kanak untuk menyampaikan pengajaran kepada golongan pembaca berkenaan. Lihat juga anekdot, fiksyen moral. |
huitain | huitain | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi lapan baris dalam satu rangkap. Teromba atau sesomba adalah bentuk puisi lama yang menggunakan bentuk huitain ini. Contohnya, Jika cerdik teman berunding Jika bingung disuruh arah Yang buta disuruh menghembus lesung Yang patah disuruh menunggu jemuran Yang pekak disuruh mencucuh meriam Yang berani dibuat kepala lawan Kalau kaya hendakkan emasnya Kalau alim hendakkan doanya. |
dirge | Iagu ratap | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengungkapkan rasa sedih atau duka terutama yang berhubung d ngan peristiwa kematian orang kenamaan. Contohnya, puisi "Bintang di Langit Zaman" karya Usman Awang di bawah. Kematian! Kemafom dari suatu kehidupan yang mulia yang telah ditinggalkan, jadilah ia ukiran kenangan bahawa di tanah ini seorang daripada lelaki berani yang berdiri menjunjung keyakinan, dan berkata Islam tidak pernah takut kepada apa saja laksana dirinya dalam cahaya kebenaran yang dipeluknya. |
chivalric literature | sastera kesateriaan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk karya sastera yang berteraskan suatu sistem moral dan tata kelakuan kehidupan istana raja-raja. Karya ini hidup subur di Perancis, Sepanyol dan England sekitar abad pertengahan. Tema utama karya ialah kisah kepahlawanan, percintaan, kesetiaan, keberanian, perjuangan, peperangan dan sebagainya. Karya kesateriaan menampilkan wira selaku sateria yang gagah dan berani serta teguh kepada ikatan tradisi istana. Mereka sentiasa berjuang dan mempertahankan maruah, raja, permaisuri, wanita, serta masyarakat yang tertindas. Antara karya yang terkenal ialah kisah kepahlawanan Raja Charlemagne (Perancis), King Horn dan Guy of Warwick (England) dan King Arthur and the Knights of the Round Table dan Ivanhoe (Britain). |
doctrinal poetry | puisi doktrin | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang mengandungi sesuatu prinsip ataupun kepercayaan (ideologi) yang dianggap benar dan dapat diterima oleh sesuatu kelompok. Puisi ini menceritakan tentang kehidupan buruh yang mempertahankan nasibnya. Contohnya, puisi 'Buruh" karya Usman Awang. Kembali terasa duri untuk mula bertindak, Kesegaran merayap mencari darah dan bergerak; Memberikan segala yang ada dengan rela, Berdiri dengan berani dalam paduan tenaga raksasa. |
heroism | kewiraan/heroisme | Kesusasteraan | Puisi | Aliran dalam penciptaan puisi yang menerapkan unsu kewiraan. Heroisme seseorang tokoh sejarah atau legenda dilihat daripada segi keberanian. kepahlawanan dan juga kegagahannya. Contohnya, puisi ''Pasir Salak'' karya Firdaus Abdullah yang menceritakan tentang kewiraan Datuk Matiarajalela. Langkah pendekar langkah berisi langkah pahlawan tak kenal gentar rawana lnggeris hendak dicari hendak dipenggal hendak dikelar. Pendekar gagah pendekar berani Ngah Jabor serta Tuk Sagor gagah pendekar tak takut mati Walau selangkah berpantang undur. Maharajalela, Maharajalela jika memancung tiada bertanya kobarkan semangat biar menyala tuntutlah mali tuntutlah bela. |
lame duck | kedudukan lemah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kedudukan seseorang atau organisasi yang tidak berupaya melakukan sesuatu keputusan yang penting dan bermakna. Kedudukan ini boleh terjadi kerana pencapaian selama ini lemah dan tidak berupaya seperti kedudukan kerajaan sementara selepas pilihan raya sebelum melantik kerajaan yang baru menang dalam pilihan raya tersebut atau mungkin kerana statusnya yang akan tamat tempoh dalam waktu terdekat. Faktor-faktor ini melahirkan satu kedudukan yang lemah dan tidak signifikan untuk melaksanakan sesuatu langkah yang berani, bersifat jangka panjang atau penting. |