Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ran.sur]/[ber.an.sur] | برانسور

Definisi : , beransur-ansur 1. sedikit demi sedikit (melakukan sesuatu atau berlaku­nya sesuatu), (dgn) berdikit-dikit: hutang itu dibayar ~; keberaniannya datang ~; dgn ~, guru menambah pengetahuan murid-murid; dgn berhentinya pengeluaran majalah itu, maka gerakan itu pun beransur-ansur ghaib; 2. sedikit demi sedikit bertukar kpd sesuatu keadaan, semakin: tenaganya ~ pulih; demamnya ~ kebah; hari ~ gelap; 3. bergerak meninggalkan sesuatu tempat sedikit demi sedikit (tidak serentak): mereka mulai ~ dr tempat itu; 4. bergerak (berengsot dsb) sedikit-sedikit atau perlahan-lahan: mereka ~ ke depan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ran.sur]/[ber.an.sur] | برانسور

Definisi : , beransur-ansur sedikit demi sedikit (dlm hal bergerak, membayar hutang dsb): Dia membayar hutangnya secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beransur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chronickronikBiologiMikrobiologiKeadaan yang menggambarkan jangkitan yang hilang timbul kerana tidak beransur pulih atau beransur pulih secara perlahan-lahan.
sustained releasepelepasan beransurFarmasiFarmaseutikLihat pelepasan beransur.
gradualismperubahan beransurBioinformatikBioinformatik MolekulHipotesis, teori dan rukun yang mengandaikan bahawa perubahan yang berlaku dalam keadaan semula jadi adalah secara beransur-ansur dan mengambil masa.
memory decayingatan merosotPsikologiPsikologi UmumIngatan yang beransur-ansur menjadi lemah sekiranya tidak digunakan dengan kerap. Contohnya, nombor telefon yang tidak digunakan dengan kerap akan beransur-ansur luput daripada ingatan. Sinonim ingatan susut.
Hawking radiationsinaran HawkingMatematikTiadaZarah dan sinaran yang secara beransur-ansur menyerap tenaga lohong hitam dan oleh sebab itu mengurangkan jisim lohong hitam secara beransur-ansur. Sinaran ini dipercayai terbentuk semasa berlakunya pengherotan ruang-masa betul-betul di luar jejari Schwarzschild.
sustained-release bolusbolus lepas beransurVeterinarTiadaJisim berbentuk silinder atau bulet bersaiz 3-6 cm panjang dan 1 cm diameter yang mengandungi ubat cacing, mineral surih atau urea yang dimasukkan ke dalam rumen ternakan. Komponen bahan tersebut akan dibebaskan secara beransur-ansur mengikut kadar tertentu untuk kegunaan ternakan dan sekali gus mengelakkan pemberian setiap hari secara manual.
convalescingberansur pulihPentadbiran PerniagaanTiadaKeadaan seseorang pesakit yang semakin sembuh dari sakitnya.
gradualismfahaman beransur-ansurPentadbiranTiadaTiada
gradualismfahaman beransur-ansurSains PolitikTiadaTiada
gradual (boundary)beransur (sempadan)PertanianTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas